Santai – Jagoan Kota Jentera Subaru XV 2.0i-P
Januari lalu, team GLAM Deko membuka lembaran tahun baru dengan staycation di Tiarasa Escapes Glamping Resort. Pemanduan selama 55 minit menuju ke Janda Baik dari Kuala Lumpur langung tidak terasa. Jentera moden Subaru XV memaccu kami ke destinasi; melalui jalan tidak rata dan agak berliku dengan begitu lancar.

Enjin Petrol 2.0 Lebih Ringan & Jimat
Kami diberi peluang memandu Subaru XV varian spesifikasi tinggi 2.0i – P yang dijana kuasa oleh enjin petrol baru 2.0 liter baharu 2.0 liter naturally-aspirated suntikan-terus empat-silinder. Penjana kuasa ini menghamburkan kuasa sehingga 154 hp (156 PS) pada 6, 000 rpm dan tork 196 Nm pada 4, 000 rpm, dipadankan bersama Lineartronic CVT, yakni rekaan enjin seberat 7.8 kg lebih ringan berbanding model XV terdahulu.
Kuasa enjin juga lebih laju 6 hp membolehkan XV serba baru ini dipacu dari kelajuan 0-100 km/j dalam masa 10.4 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum 194 km/j.

XV X- Mode
Merentasi jalan berbukit dan berliku menuju ke Janda Baik, sistem Symmetrical AWD secara standard yang kini dilengkapi fungsi X-Mode pada jentera XV memberikan impak tayar tidak terlalu ringan dan cepat berpusing apabila melalui jalan berlumpur atau kawasan licin.
X-Mode dibina menggunakan teknologi Subaru Global Platform yang diperbaharui sepenuhnya yang dikatakan mempunyai peningkatan prestasi keseluruhan secara ketara berbanding binaan platform sebelumnya.
Sistem kawalan traction memastikan tayar tidak mudah terpusing.

Estetika Moden
XV model spesifikasi tertinggi dilengkapi lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang LED berbentuk C, kekemasan garisan cermin krom dan rel bumbung berwarna perak. Aksesori lain termasuk lampu kabus hadapan, pemegang pintu berwarna perak, spoiler bumbung, shark fin antena dan roda aloi dua tona 17-inci mendakap tayar 225/ 60R17.
Menjengah bahagian dalam kabin, memperlihatkan rekaan papan pemuka lebih elagan dan kelihatan premium. Paparan pelbagai-informasi boleh dilihat pada skrin LCD warna sepenuhnya berukuran 6.3 inci di atas panel instrument, roda stereng dan tombol gear dibaluti material kulit. Info lebih lanjut mengenai Subaru XV di Subaru XV Malaysia.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
