Elegan abadi. Simbolik kepada Koleksi Kartell Smart Wood sentuhan pereka hebat, Philippe Starck. Koleksi ini diilhamkan dari keindahan reka bentuk, yakni ciri-ciri yang membezakan keunikan setiap objek, hasil kajian dan teknologi yang inovatif. Konsep kreatif yang dikembangkan oleh Philippe Starck ini berkisar pemilihan bahan dan material kayu yang digubah membentuk produk jenama dunia – Kartell.

Menggunakan teknologi yang dipatenkan, setiap kayu berfungsi dengan acuan yang direka khas untuk membentuk lengkungan yang sempurna, mewujudkan tempat duduk dengan reka bentuk bulat yang selesa, menggabungkan keindahan kayu dengan garis ergonomik yang ekstraordinari. Buat pertama kalinya, Kartell telah berjaya membawa reka bentuk tiga dimensi berbanding dua dimensi sebelumnya, termasuk bahagian sisi yang lebih menarik, dengan rekaan melengkung untuk jaminan keselesaan maksimum.
Koleksi Kartell Smart Wood ini menandakan permulaan baharu dalam sejarah jenama Kartell, sebagai sebahagian daripada projek “Kartell loves the planet” yang lebih menyeluruh, meningkatkan amalan yang baik untuk kelestarian terhadap alam. Dengan koleksi ini, Kartell telah memindahkan paradigma, ia tidak lagi menjadi persoalan penggunaan unsur-unsur kayu untuk membina struktur, malah memanjangkan had kelengkungan panel dan mencipta bingkai kerusi dengan lengkung berlainan bagi menghasilkan rekaan kerusi tiga dimensi.
Seleksi jenama Kartell kini menempati ruang pamer Lightcraft berlokasi di Lightcraft Gallery, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
