Mencipta ruang yang sempurna tidak hanya tertakluk kepada dekorasi semata, ambien yang baik juga penting untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Ini juga menjadikan kita lebih segar dan cergas khususnya apabila bangun pagi. Tahukan anda ada sesetengah penyakit yang hadir disebabkan alergi yang dialami oleh individu berbeza.

Terutamanya terhadap habuk dan udara yang tidak bersih yang berlegar di kediaman. Selain dari itu, penggunaan alatan kimia yang meluas hari ini turut menyumbang kepada pelepasan gas VOC (Volatile Organic Compund) yang mampu memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan.
Solusi yang boleh anda pertimbangkan untuk memastikan udara di kediaman terbaik adalah dengan memilih peranti yang dapat membantu anda menjadikan udara lebih segar. MedKlinn jenama yang telah bertapak sekitar 15 tahun di pasaran membawakan pilihan rangkaian produk yang dapat membersihkan udara di ruang dalaman kediaman.
Dipacu dengan teknologi Cerafusion, ia bertindak dengan menghasilkan ion dan ozon untuk meneutralkan udara yang berkitar di kediaman. Ia ibarat meniru proses penghasilan oksigen semula jadi untuk udara yang segar. Penggunaan MedKlinn Asens turut bertindak terhadap bahan yang mencemar melalui udara dan yang terdapat di permukaan perabot dan bahan-bahan lain. Rangkaian produk ini terdiri daripada tiga varian berbeza yang boleh disesuaikan mengikut keluasan ruang yang ingin digunakan. Ia turut menawarkan opsyen yang boleh digunakan untuk membersihkan udara di dalam kereta untuk seleksi yang lebih menyeluruh.
GLAM Deko Review
Produk ini mudah digunakan yang hanya memerlukan anda menyambungnya kepada punca kuasa elektrik. Menurut cadangan penggunaan, biarkan ia di dalam bilik yang bertutup untuk memastikan udara yang yang berkitar tidak dipengaruhi elemen asing. Team GLAM Deko telah mencuba menggunakan Medklinn Asens 40 pada salah sebuah bilik yang terdapat bau hapak akibat pengaliran udara yang tidak sempurna. Setelah seharian membiarkannya tertutup, ternyata udara menjadi lebih segar dan ia bagaikan membiaskan aroma seakan padang hijau selepas hujan reda.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.



