Pondok K'Seena Berusia 100 Tahun - Glam Malaysia

Pondok K’Seena Berusia 100 Tahun

Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Jason Lee
Video : Jackie Mah

 

 

Berusia melebihi 100 tahun, pondok K’Seena dibeli oleh Dr. Ali Othman Merican pada 1939 daripada saudagar Cina di Tumpat, Kelantan. Asal usul, pondok K’Seena berumbi di tanah seluas 1.5 ekar di Telipot, Kelantan. Kemudian, diwarisi oleh anakanda Dr. Ali Othman, Datuk Dr. Haji Ahmad Ezanee Merican dan keluarga selepas peninggalannya.

 

Terbiar sepi hampir 15 tahun, keluarga Merican sepakat menyerah kepercayaan penuh kepada pasangan suami isteri, Winder Haqeem dan Sarah Abd. Rahim daripada Straits Collective Sdn. Bhd untuk memberi kehidupan kedua buat rumah K’Seena.

 

Sama seperti kebanyakkan rumah seusia dengannya, rumah K’Seena dibina tanpa sebarang paku. Penyambungan setiap kayu dan tiang yang ada menggunakan teknik pasakan.

 

Dibina seluas 176 meter persegi, rumah K’Seena memiliki tiga kamar; kamar beradu, kamar bacaan dan kamar kerja, termasuklah dua bilik air dan dapur.

See also
Palet - Mainan Warna Rona Merah dan Emas

 

Tiga bulan tempoh diambil untuk menyempurnakan wajah baru rumah K’Seena. Tidak lagi dihuni secara rasmi, rumah K’Seena dijadikan rumah keraian atau ruang acara untuk majlis kahwin, intim dan korporat.

 

Baca cerita penuh dalam majalah GLAM Deko isu Jun 2016 di pasaran sekarang!