Hublot Shine Bright!

GLAM Horologi, Popular

Hublot Shine Bright!

1096

MELAHIRKAN REKAAN YANG INOVATIF MENJADI KEUTAMAAN BUAT JENAMA JAM TANGAN SWITZERLAND, HUBLOT. HUJUNG TAHUN INI, ARTISANNYA MELETAKKAN RASA MEWAH PADA TANDA ARAS YANG LEBIH TINGGI DENGAN MENYATUKAN KEHEBATAN SENI PERTUKANGAN JAM BERBALAS KEHALUSAN PEMBUATAN BARANG KEMAS DALAM KESERASIAN BERLIAN

Menyentuh rasa mewah yang diciptakan oleh High Jewellery Hublot, jam tangannya cukup lantang dalam melahirkan sisi sinar yang diperolehi dari kebijaksanaan potongan berliannya. Justeru, mengangkat kehebatan kraf ketukangan barang kemas dalam tatahan yang sempurna buat setiap rekaan langsung melahirkan satu rekaan yang bernafas moden dan unik. Ini turut menyeru visi yang disuarakan menerusi The Art of Fusion serta falsafah, ‘be first, different and unique’.

Setiap jam yang dilahirkan menggoda keunikan yang tersendiri seperti yang dijelmakan menerusi Techframe Ferrari Tourbillon Chorograph High Jewellery, ia ditatah dengan 130 butir berlian yang beratnya dianggarkan 5.5 karat! Rangkaian ini turut menguasakan kehebatan antara dua gagasan yakni Hublot dan Ferrari dengan menggabungkan esen teknikal serta kreatif dalam intrepretasi mewah. Mendefinisikan sporty luxe sebenar, ia menggarap elemen kekuatan, prestasi, kecantikan serta kelajuan dalam wajah jam kronograf berpegerakan tourbillon bertali kelabu ini. Rangkaian kolaborasi bersama artis skulptur plastik Richard Orlinski turut diangkat dalam kemewahan adi arlogi yang memfokuskan pada keistimewaan bucu kes emas putih dan King Gold. Keseluruhan wajah jam disemadikan dengan 319 butir berlian potongan baguette anggaran 21.7 karat. Merancakkan lagi jam pergerakan kronograf ini disertakan tali getah atau pilihan kulit buaya dengan percikan tatahan 50 butir berlian 2.8 karat.

Turut menjanjikan satu keunikan dengan rizab kuasa selama 14 hari dengan barisan tujuh siri, Big Bang MP-11 High Jewellery turut memperkasakan mekanisma yang membentuk silinser melintang dalam kes tiga dimensi. Mendefinisikan haute joaillerie yang berbeza, penggunaan logam dan safir dipotong bersama batu permata dengan ketepatan sempurna. Kompartmen yang terbentuk daripada emas putih atau King Gold ditatah dengan 549 butir berlian potongan baguette anggaran 30.9 karat. Bagi menghembuskan semangat mewah buat Spirit of Big Bang Tourbillon High Jewellery, ia dipaparkan dengan kes yang berbentuk tonneau. Sebanyak 231 butir berlian baguette turut disenyawakan buat jam pergerakan tourbillon yang mempamerkan penunjuk rizab kuasa selama lima hari serta percikan batu rubi.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Hublot Classic Fusion Chronograph Orlinski High Jewellery

Your email address will not be published. Required fields are marked *