Selebrasi Wanita Sedunia - Glam Malaysia
Selebrasi Wanita Sedunia

Selebrasi Wanita Sedunia

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menjulang keterampilan, kewibawaan lalu menginspirasikan gaya timeless wanita, selebrasi Swiss Watch Gallery meraikan Hari Wanita Sedunia dengan melestarikan barisan arloji bersusuk klasik buat peneman sepanjang usia.

Pada tahun 1908, 15,000 wanita berarak di Kota New York langsung memperjuangan hak asasi wanita. Demikian, perarakan ini menjadi titik pangkal kemajuan sosial, ekonomi, budaya serta politik yang dipimpin oleh kaum hawa. Kini, sudah lebih dari satu abad, wanita di seluruh pelusuk dunia berhimpun meraikan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac saban tahun. Bersempena dengan selebrasi Hari Wanita Sedunia tahun ini, Swiss Watch Gallery mempersembahkan barisan arloji dikurasi terperinci bagi melengkapi gaya wanita masa kini.

Tahun 2021 bervisikan perawatan diri baik fizikal mahupun mental. Swiss Watch Gallery turut sama menghimpunkan set penjagaan diri, merangkumi teh premium, coklat, lilin aromaterapi dan produk penjagaan tubuh badan buat pembelian jam tangan terpilih. Demikian, tiada cara yang lebih baik untuk meraikan lantas menghargai diri sendiri dengan menikmati rasa terapi runcit bersama Swiss Watch Gallery. Langsung, menjadikannya sebagai salah satu destinasi utama buat pemuja serta pengumpul arloji mewah.

See also
Kelancangan Keanggunan & Kecemerlangan

Pautan berkaitan: Jalinan Seni Antara Hublot Dan Takashi Murakami