Tingkatkan Pengalaman Beli Belah Di Lapangan Terbang Dengan #shopLAH
Malaysia Airports, mengumumkan pelancaran kempen ‘Shop Like A Hero’ atau singkatnya #ShopLAH untuk menggerakkan strategi set semula komersial syarikat yang bakal menjadikan lapangan terbangnya sebagai destinasi yang serba mewah dan mengujakan. #ShopLAH mengajak pelancong untuk tiba lebih awal dan membayangkan lapangan terbang bukan sahaja sebagai sebuah hab pengangkutan namun menjadi destinasi premium membeli-belah dan menjamu selera di sana.
Sejajar dengan strategi set semula komersial Malaysia Airports, kempen #ShopLAH bertujuan mengangkat pengalaman beli-belah, jamu selera dan hiburan di lapangan terbangnya ke tahap premium yang lebih tinggi. Sehubungan itu Malaysia Airports akan memperkenalkan lebih banyak pembaharuan, jenama dan menawarkan barangan mewah yang hanya terdapat di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia.

Selain itu, Malaysia Airports mahu memperkemas bidang peruncitan dalam talian dan luar talian dengan mengadakan program e-ganjaran, kaedah pembayaran tanpa tunai dan memastikan akses internet percuma dan lancar di semua lapangan terbang itu.
Pengubahsuaian ini termasuk mengadakan zon runcit yang bakal mempermudah pengalaman beli-belah di lapangan terbang. Ruang runcit akan dibahagikan kepada pelbagai zon seperti fesyen, bebas cukai, retail-tainment dan jamu selera serta ruang Sense of Place di Malaysia Airports yang akan mula aktif apabila berlangsung pelancaran ‘Sense of Malaysia’ pada suku tahun kedua 2020 nanti.

Untuk kempen ini pilihan baharu runcit dan jamu selera telah diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL), di samping tarikan retail-tainment seperti HIMPUN 2019, Dior Backstage, Hershey’s Flotilla dan Licence to Win (LTW). Dijangka banyak lagi bakal dilakukan bagi bulan akan datang di lapangan terbang antarabangsa yang lain termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching (KCH), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN).
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
