fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
“Selera pengantin sekarang lebih pro-aktif” – Mimpi Kita
Destinasi – Aiskrim Segar Semulajadi Crème De La Crème
Night Of Fright 7 Kembali Menghantui Dengan Tarikan Baru
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
Gaya Dekorasi & Perabot Popular 2016
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Super Mario Nan Energetik

Super Mario Nan Energetik

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

TAG Heuer dan Nintendo menciptakan TAG Heuer Connected x Super Mario Edisi Terhad bagi meraikan permulaan kolaborasi jangka panjang. Mendakap aliran seni budaya pop, karakter ikonik Super Mario nan energetik membayangi barisan jam tangan pintar terbaru ini.

Sudah lebih dari 370 juta permainan Mario terjual di seluruh dunia sejak tahun 1985. Sejak permainan Super Mario Bros. yang pertama dipertontonkan di Jepun pada tahun 1985, susuk animasi Mario bertopi merah dalam ceraian pakaian warna biru menjadi prominen di mata dunia. Pastinya setiap generasi yang bermain permainan video ini membesar dengannya.

Super Mario Nan Energetik 02

Saat Mario dipertemukan TAG Heuer Connected, hasilnya melebarkan keceriaan antara pemuja lapangan arloji bersama peminat permainan video Nintendo. Penampilan jam tangan pintar edisi terhad yang mengunjurkan nadi kreativiti baru dengan gaya yang berani ini; memadukan sukan, teknologi dan keanggunan dalam satu pakej dinamik.

Sosok animasi wira yang energetik lagi ikonik ini menawarkan pemakainya cara baru yang menyeronokkan untuk menjadi lebih aktif. Di samping, merasai keseronokan dalam mencapai mencapai langkah sasaran harian sepanjang hari.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse