OMEGA Menyanjung 20 Wanita Malaysia – Berkongsi Suara serta Pilihan Mereka - Glam Malaysia
OMEGA My Voice, My Choice 04

OMEGA Menyanjung 20 Wanita Malaysia – Berkongsi Suara serta Pilihan Mereka

OMEGA meneruskan kesinambungan ikatan penuh sejarah antara masa dan para barisan wanita hebat yang miliki semangat juang nan tinggi.

pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM gambar OMEGA

Sudah lebih daripada satu abad, OMEGA berusaha memperlihatkan karya demi karya arloji buat wanita yang turut dilayangkan penuh keindahan, keterandalan lagi versatil. Sekali gus, ia memudahkan sekalian individu daripada jururawat, juruterbang sehinggalah buat kelompok aktres dan penyanyi. Dibintangi dari pelakon terkemuka Nicole Kidman, Zoë Kravitz, So-hee Han dan Dongyu Zhou serta model Kaia Gerber juga Kiko Mizuhara. Tidak ketinggalan atlet legenda Allyson Felix; OMEGA mempersembahkan kempen ‘My Voice, My Choice’ yang membiaskan sisi karakter sebenar seorang wanita lalu mengusung aspirasi buat semua.

OMEGA My Voice, My Choice 01Didorong dengan spirit, kuasa serta kecantikan setiap satunya; para individu berbakat dari pelbagai latar belakang ini semuanya cemerlang dalam cara atau medan mereka sendiri. Kesemua personaliti ini berkongsi dorongan dalam mengecapi sukses dan keterbukaan minda dalam beroleh ilmu menerusi kembara pengalaman.  Turut membualkan penghargaan terhadap kualiti masa.

Bebas mengekspresikan diri menerusi gaya serta mainan kata, OMEGA meneruskan legasi tradisi yang membanggakan ini dengan membariskan 20 wanita tempatan. Sepuluh daripadanya ditampilkan dalam lembaran istimewa OMEGAMyChoice bersama GLAM Malaysia.

 

1. TUNKU ELANA KHYRA

Ketua Pegawai Pemasaran MAA Group Berhad, Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Budimas & Gabenor Sekolah Antarabangsa St. John.

OMEGA My Voice, My Choice 03

CONSTELLATION QUARTZ 28MM. Diperbuat sepenuhnya daripada keluli, RM15,650.

this is My Philosophy.

Saya percaya saban hari kita dipertemukan peluang bagi menikmati mahakarya kehidupan. Dipacu dengan kasih dan simpati juga tindakan serta interaksi yang mendalam; saya gemar untuk membimbing juga menguraikan sesuatu agar ia tampil dengan sisi yang lebih baik.

2. RAJA JESRINA ARSHAD

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Purely B.

OMEGA My Voice, My Choice 04

CONSTELLATION CO-AXIAL MASTER CHRONOMETER 29MM. Diperbuat daripada paduan keluli dan emas Sedna™ bertali kulit, RM 57,500.

this is My Approach.

Dengan mengambil kira gaya kehidupan sihat, saya berhasrat untuk mempresentasikan pendekatan yang lebih holistik lalu menjadikan kehidupan sihat lebih mudah untuk wanita dalam era digital ini. Daripada nutrisi beralih pula kepada keprihatinan; di PurelyB, kami merevolusikan tradisi kesejahteraan Asia untuk memperkasakan generasi wanita hari ini.

3. MARSHA MILAN

Penyanyi, Pemuzik, Pengacara & Pelakon.

OMEGA My Voice, My Choice 05

SEAMASTER AQUA TERRA SMALL SECONDS 38MM. Diperbuat daripada keluli bertali kulit, RM 25,300.

this is My Song.

Membesar dengan menyanjung lapangan muzik, saya mahu suara saya didengari. Lalu, saya menyertai Akademi Fantasia dan single terbaru saya ‘Cinta’ telah meraih Anugerah Juara Lagu. Saya ingin menggalakkan pelapis dunia seni suara untuk menuruti impian mereka langsung bakal mengecapi apa jua yang diinginkan kelak nanti.

4. DATUK LEONG MUN YEE

Atlet Olimpik Negara 5 Kali & Jurulatih Sukan Terjun Pasukan Kebangsaan.

OMEGA My Voice, My Choice 06

SEAMASTER AQUA TERRA 150M. Co-Axial Master Chronometer 38mm. Diperbuat sepenuhnya daripada keluli, RM 25,750.

this is My Ambition.

Saya merupakan seorang perenang dan mula meminati sukan terjun beberapa tahun kemudian. Mulai menyintai sukan ini kerana ia membina keyakinan diri; saya berharap untuk mempunyai akademi terjun sendiri tidak lama lagi kerana saya ingin berkongsi kemahiran serta pengetahuan kepada generasi akan datang.

5. ALIA BASTAMAM

Pereka Fesyen.

OMEGA My Voice, My Choice 07

SEAMASTER AQUA TERRA 150M. Co-Axial Master Chronometer 38mm. Diperbuat sepenuhnya daripada keluli, RM 25,750.

this is My Label.

Terdorong dari inspirasi di sebalik aura seorang wanita yang mengalirkan sifat kewanitaan yang sejati; cerminan karakter wanita label Alia Bastamam mendakap keperibadian yang kompeten, individualistik lagi fierce. Saya mahu setiap wanita merasa hebat terus yakin bila menyarungkan setiap ceraian rekaan saya yang bernada timeless.

6. DATIN JEAN LIEW

Pengasas Bersama Sushi Hara dan Shiki Omakase KL.

OMEGA My Voice, My Choice 08

CONSTELLATION CO-AXIAL MASTER CHRONOMETER 29MM. Diperbuat daripada emas Sedna™ bertali kulit, RM 89,250.

this is My Determination.

Menguruskan dua restoran Omakase mengambil perencanaan masa harian yang agak lama. Disamping itu, perlu teliti pada perincian dalam menghidangkan masakan Jepun. Pun begitu, usaha yang jitu dan ketabahan sudah dididik sejak dari kecil bagi mengecapi sukses. Lantas, membuatkan saya berazam untuk membawakan pengalaman gastronomi yang terbaik buat pengunjung.

7. KATIE LAU

Usahawan & Pemegang Francais Hawker Chan, BananaBro dan Lucky Mala Malaysia.

OMEGA My Voice, My Choice 09

SEAMASTER AQUA TERRA 150M. Co-Axial Master Chronometer 34mm. Diperbuat sepenuhnya daripada keluli. RM 25,750.

this is My Passion.

Semangat saya dalam berkongsi hidangan makanan yang lazat dengan harga yang berpatutan, mendorong saya untuk menceburi industri makanan. Memperkenalkan Nasi Ayam berbintang Michelin yang pertama di Malaysia yakni Hawker Chan, kini bisnes berkembang dengan membuka nasi daun pisang BananaBro dan Lucky Mala Noodle House.

8. SUN TEOH

Pengasas Agensi Hartanah Mewah, ST Group dan Pengasas Bersama Pusat Jagaan Bayi & Kanak-Kanak, The Learning Bee.

OMEGA My Voice, My Choice 10

SEAMASTER AQUA TERRA 150M. Co-Axial Master Chronometer 34mm. Diperbuat sepenuhnya daripada keluli. RM 25,750.

this is My Venture.

Saya cenderung untuk melihat setiap sisi kehidupan dengan rasa ingin tahu; oleh itu untuk menghargai masa saya luangkannya sehabis baik. Bersama agensi hartanah yang saya rencanakan, pengurusan masa adalah kunci untuk menguruskan tugas harian. Selain itu, sebagai seorang individu yang memegang teguh prinsip bahawa setiap orang berhak mendapat pendidikan yang baik; saya turut mengasaskan The Learning Bee untuk tujuan ini.

9. ER KANG LING

Pengasas Bersama Brickhouse Bukit Tinggi.

OMEGA My Voice, My Choice 11

DEVILLE TRÉSOR QUARTZ 36MM. Diperbuat daripada emas Moonshine™ bertali kulit. RM 70,850.

this is My Life.

Ketiga-tiga cahaya mata saya adalah semangat saya. Saya senantiasa menginginkan anak-anak saya membesar dengan melakukan aktiviti luar. Saya percaya adalah penting bagi mereka untuk meluangkan masa untuk berinteraksi dengan alam semula jadi terutamanya dalam kesibukan dunia masa kini. Demikian, pada mulanya Brickhouse direncanakan sebagai rumah ladang untuk dilewati pada hujung minggu bersama anak-anak. Kini ia bertukar menjadi tempat liburan singkat yang dikongsi bersama para pemuja alam.

10. SANDY TAN

Ketua Pegawai Eksekutif Pakar Mata Optimax.

OMEGA My Voice, My Choice 12

SPEEDMASTER MOONWATCH PROFESSIONAL. Co-Axial Master Chronometer Chronograph 42mm. Diperbuat daripada emas Moonshine™ bertali getah. RM 122,350.

this is My Insight.

Kerjaya saya bermula dalam fesyen pada usia muda, dan akhirnya membantu perusahan keluarga dalam industri penjagaan mata. Motherhood lah yang membawa saya untuk mengenali kepentingan penjagaan mata kanak-kanak. Bersandarkan dengan kepakaran saya dalam dunia pemasaran dan pendekatan kreatif, saya ingin menyeru selautan ibu bapa di luar untuk memastikan anak-anak mereka mendapat rawatan serta penjagaan mata yang betul.

#OMEGAMyChoice

See also
Seamaster Olimpik Tokyo 2020

Pautan berkaitan: Konstruksi Klasik, Dibayangi Nada Moden