
Pemandangan keseluruhan The Aquila
Percutian bertemankan alam semulajadi lebih menarik jika di kelilingi suasana mewah dan memukau yang memberikan keselesaan waktu itu. Sememangnya ia menjadi tarikan utama selain nilai tambah buat meluangkan masa untuk diri sendiri juga bersama yang tersayang. Destinasi terkenal dunia, Phuket membawakan rangkaian pelbagai hotel dan vila pelbagai harga untuk memenuhi keperluan pelancong yang datang berkunjung.
Terbaru, The Aquila membuka pintunya untuk mereka yang mahukan seleksi mewah tatkala meluangkan masa di pantai eksotik ini. Membawakan sebuah vila yang dilengkapi tujuh buah bilik, ia dikepung persekitaran landskap seluas dua setengah ekar bersama pemandangan Laut Andaman dari cenuram setinggi 165 meter dari aras laut. Semestinya kejernihan laut yang mendamaikan ini menyuntik aura segar yang menjadi impian.
Rekaan vila ini jelas memperlihatkan pengaruh seni bina budaya Thai yang diberi suntikan lebih kontemporari. Dengan binaan empat pavilion berbeza dalam memanipulasi pancaran mentari sambil bertemankan pemandangan indah persekitaran sekeliling. Lebih menarik, pengunjung dapat menikmati kesegaran laut Andaman menerusi teluk yang terlindung dengan paparan lautan yang masih terpelihara.

Pemandangan Laut Andaman bersebelahan vila.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
