Konstruksi Klasik, Dibayangi Nada Moden
Diolahkan dengan percikan warna serta perincian kilauan puitis. Laman dail yang menghiasi himpunan baharu Datejust 31 dilayangkan dengan energi nan menyegarkan. Lantas, menyingkapkan bayangan pembaharuan yang tampil penuh terperinci.
Rolex tampil mempersembahkan tiga versi baharu Oyster Perpetual Datejust 31 yang memaparkan laman dail bermotifkan kuntuman bunga yang mempesonakan. Menterjamahkan kedamaian padang rumput saat musim panas menerjah dengan landskap semula jadi yang bertumbuh liar; susuk konstruksinya terdiri daripada 24 kuntuman bunga yang tampil diolah dengan kepelbagaian teknik kemasan. Termasuk, teknik kemasan sunray, matt atau grained. Setiap bunga yang meliputi laman dail ini kemudiannya diserikan dengan berlian di pusat kelopak bunganya.

Dail bunga berwarna biru azzurro pada rekaan jam tangan yang pertama – versi Rolesor putih (menggabungkan Oystersteel dan emas putih) hadir dengan cincin bezel bergalur. Kemudian, menerusi perkenalan jam tangan yang kedua, ia diperbuat daripada emas kuning 18 karat lalu dilayangkan dengan laman dail rona hijau zaitun. Yang terakhir, pada jam ketiga – versi Everose Rolesor (menggabungkan emas Oystersteel dan Everose) tampil dengan laman dial dalam nada warna keperakan.

Namun, konstruksi cincin bezel buat versi jam tangan kedua dan ketiga, disempurnakan dengan 46 butir berlian potongan brilliant yang turut mengelilingi cincin bezel. Secara tidak langsung, masing-masing dilengkapi dengan rekaan rantai gelang President dan gelang Jubilee.

Versi baharu Datejust 31 dilengkapi dengan kaliber 2236, yakni merupakan pergerakan automatik di barisan hadapan teknologi pembuatan jam tangan. Membolehkannya memaparkan fungsi jam, minit, saat serta tarikh. Seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual Datejust 31 mendukung pensijilan Kronometer Superlatif, yang memastikan prestasi cemerlang pada pergelangan tangan.
Pautan berkaitan: Something Blue, Something Green
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
