Tip Solekan Perkahwinan Dari Make Up Guru

Tip Solekan Perkahwinan Dari Make Up Guru

Wajah bak kanvas putih yang diberi nyawa dengan ilusi seni. Lain jemari, lain keagungannya. Jadi pilihlah dengan teliti siapa penata solek anda di hari bahagia. Kenali mereka? GLAM berkongsi enam individu profesional dalam dunia kecantikan.
 
Khir Khalid
 
Khir Khalid
 
Signature look
Pastinya gaya sensual. Siapa mengenali saya, sudah tahu hasil seni saya. Kalau tak berubah rupa, bukan solekan Khir namanya!
 
Keistimewaan diri
Tiap kali menatarias selebriti mahupun pengantin, saya akan menatarias wajah dengan efek magis yang tiada siapa miliki tetapi #hanyakhirkhalid.
 
Nota penting sebelum menyolek wajah pengantin
Tona kulit, struktur wajah, busana persalinan, tema acara juga personaliti pengantin.
 
Gaya solekan terbaik pengantin
Gaya solekan ala Kim Kardashian.
 
Tiga kesilapan solekan wanita harus elak
1. Memakai maskara yang bukan kalis air.
2. Mengoles pemerah pipi berona terang.
3. Rona gincu yang tidak sesuai dengan tona kulit.
 
Trend solekan pengantin terkini
Kulit flawless dan solekan ala natural. Saya percaya bahawa ‘less is more’ jadi jauhi solekan tebal. You will loose your natural look.
 
Solekan adalah…
Kecantikan bagi wanita yang pentingkan kejelitaan.
 
2 Helah solekan
1. Oles gincu bibir berona merah jambu pada pipi
2. Bibir bagi efek kesegaran dan menyembur spray mist pada wajah seusai solekan bagi mendapatkan kemasan glow.
 
Trend solek yang tidak akan meninggalkan pentas kecantikan
Gincu merah.
 
Bong BW
 
Bong
 
Signature look
Bergaya natural kerana bagi saya, tatarias ala tekstur kulit semula jadi sememangnya evergreen. Beginilah bagaimana wajah wanita harus kelihatan walaupun dengan solekan penuh.
 
Gaya solekan terbaik pengantin
Tiada yang spesifik kerana setiap solekan haruslah bersesuaian dengan personaliti bakal pengantin. Tidak salah untuk mencari inspirasi daripada selebriti terkenal dunia, namun ianya harus diterap mengikut gaya tersendiri juru solek. After all, you will look the best by being yourself.
 
Tiga kesilapan solekan wanita harus elak
1. Solekan yang berlebihan. Ingat, keseimbangan adalah kunci solekan. Jadi tumpuan harus diberikan pada salah satunya antara bibir atau mata.
2. Pilih ton bedak asas yang tepat kerana ia boleh mengelakkan wajah tampak sebam.
3. Elakkan penggunaan bulu mata palsu berkualiti rendah. Berbelanjalah untuk kecantikan di hari bahagia, tiada ruginya!
 
Trend solekan pengantin terkini
Bagi solekan siang, tatarias ringkas pasti menjadi trend tiga tahun mendatang. Solekan malam pula, smokey eye berbalas kilauan glamor kerana ianya sesuai untuk semua bentuk mata. Solekan adalah untuk meningkatkan personaliti unggul seseorang.
 
Trend solek yang tidak akan meninggalkan pentas kecantikan
Solekan mata dengan pembayang mata berona tanah.
 
Tiar Zainal BW
Tiar Zainal
 
Signature look
Solekan mata sarat juga shading.
 
Keistimewaan diri
Versatiliti setiap solekan perlu ada kelainannya mengikut kehendak klien. Sebagai juru solek yang baik, apa gaya diminta harus mampu dihasilkan. Namakan saja apa acara, segalanya ada terukir seni coretan saya.
 
Tip memilih juru solek sempurna buat perkahwinan
Lihat adakah hasil solekannya konsisten melalui laman web atau laman sosialnya. Ini penting kerana anda tidak mahu memilih juru solek yang tidak dikenali.
 
Nota penting sebelum menyolek wajah pengantin
Tekstur kulit wajah pengantin adalah penting kerana ia seakan kanvas putih. Untuk mendapatkan solekan yang sempurna, kulit wajah harus dijaga rapi. Kulit yang menggerutu akan jelas kelihatan seusai mengoles solekan.
 
Gaya solekan terbaik pengantin
Ringkas dan sweet! Namun, kehendak pengantin juga sama penting. Jika solekan dramatik menjadi pilihan hati, juru solek harus merealisasikannya.
 
Tiga kesilapan menyolek wanita harus elak
1. Solekan tebal bak paperdoll show
2. Memakai bulu mata palsu di atas juga bawah mata
3. Mewarnakan rambut berona perang, merah dan sebagainya.
 
Trend solekan pengantin terkini
Solekan yang ringkas lagi natural. Cukup untuk menonjol beberapa ciri penting wajah bagi menaikkan seri.
 
Solekan adalah…
sejenis seni abstrak berkanvaskan kulit wajah.
 
Trend solek yang tidak akan meninggalkan pentas kecantikan
Wingtip eyeliner.
 
Emmy Agung BW
Emmy Agung
 
Signature look
Buat perkahwinan, saya selesa dengan menyolek gaya lebih natural, timeless juga dewy.
 
Keistimewaan diri
I’m full of positive energy. Saya percaya aura yang ceria bakal menyerlah dalam gaya solekkan seseorang. Setiap coretan bakal tampil bernyawa dan anggun berseri. Siapa dia? Inilah ceritera seni Emmy Agung.
 
Tip memilih juru solek sempurna buat perkahwinan
Pastikan resume juru solek yang diingini memiliki kemahiran dalam solekan fotografi kerana kebanyakan foto di internet disunting menggunakan Photoshop. Sebaik memilih juru solek, buatlah temu janji bagi berbicara secara lebih dekat tentang idea di hari bahagia. If an artist is comfortable to work with your complexion, they will tailor the makeup application to the expected theme of your wedding.
 
Tiga kesilapan menyolek wanita harus elak
1. Pembayang mata sama rona dengan ton busana
2. Conturing melampau
3. Memakai tiara kepala juga veil pada masa yang sama.
 
Trend solekan pengantin terkini
Pastinya timeless look! Generasi pengantin hari ini telah menyedari akan kepentingan kulit yang cantik. Ramalan saya kebanyakan pengantin mulai tahun ini akan menggunakan khidmat EA Glow istimewa dari Emmy Agung. (LOL!)
 
Trend solek yang tidak akan meninggalkan pentas kecantikan
Solekan nude.
 
Sheng
 
Sheng Saw
Signature look
 
Seriously, i don’t have one! Sebagai artis, seseorang itu harus berkerja dengan minda yang terbuka. Jika anda mengikuti saya di Istagram, anda kan lihat pelbagai rona mewarnai setiap seni wajah yang direka.
 
Gaya solekan terbaik pengantin
Tentunya solekan yang lembut dan tidak terlalu tebal. Jauhi kanta lekap berona biru dan hijau. Jika mahu kelihatan lebih menawan dan asli, pilih ton wanita asia seperti hazel.
 
Tiga kesilapan solekan wanita harus elak
1. Jauhi pemerah pipi yang melampau
2. Pembayang mata berona hitam
3. Gincu bibir berona fushia. Sebaliknya pilih rona solekan yang lebih natural seperti gincu bibir merah jambu atau pic dan pembayang mata berona ungu bagi penampilan yang lebih menyerlah.
 
Trend solekan pengantin terkini
Semestinya, ‘back to basic’ dengan sedikit sentuhan moden.
 
Solekan adalah…
keghairahan.
 
2 Helah solekan
Conturing dan highlighting. Mengapa? Kerana bukan sahaja ia mampu menyerlah wajah malah kulit tampil lebih muda. Menjimatkan kos juga tiada kesakitan daripada suntikan botox.
 
Trend solek yang tidak akan meninggalkan pentas kecantikan
Kulit wajah yang cantik sempurna kerana tanpanya, solekan mata dan bibir akan nampak kusam.
 
Najeeb Azami BW
 
Najeeb Azami
 
Signature look
Solekan yang menyuntik kesegaran wajah.
 
Keistimewaan diri
Gaya solek seseorang artis pastinya berbeza. Tidak mungkin akan ada duplikasi Najeeb Azami! Jika berbicara tentang keistimewaan diri pastinya kepakaran dalam highlighting kerana saya kurang gemar mempraktikkan gaya shading.
 
Tip memilih juru solek sempurna buat perkahwinan
Paling penting, bakal pengantin seharusnya menyukai hasil kerja seni seseorang juru solek. Sedikit penyelidikan latar belakang juga senarai pengalaman tidak merugikan. Benar, masa itu emas. Begitu juga detik perkahwinan anda!
 
Nota penting sebelum menyolek wajah pengantin
Sudah tentu kulit wajahnya kerana saya percaya solekan yang mengagumkan terzahir dari kulit wajah yang indah.
 
Tiga kesilapan menyolek wanita harus elak
1. Membuat rawatan wajah di saat akhir menghampiri acara
2. Menggunting rambut supaya kelihatan berbeza di hari bahagia. A big NO, NO!
3. Mengoles krim asas yang berlainan ton kulit.
 
 

See also
Raikan Keagungan Cinta Sehangat Kilauan Berlian