Rutin mengemas dan membersih ruang kediaman tentunya memenatkan, tambahan pula jika kelengkapan yang digunakan tidak mesra pengguna dan mempunyai banyak kekurangan.

Penyedut hampagas antara pilihan utama untuk melicinkan proses pembersihan ruang. Dengan suntikan teknologi dan inovasi terkini, jenama Dyson sememangnya terkenal dalam mencipta solusi rekaan terbaik kepada gaya hidup serba moden. Jika sebelum ini, jenama ini merupakan antara yang pertama memperkenalkan idea penyedut hampagas yang berfungsi tanpa menggunakan beg storan habuk, kini Dyson menampilkan generasi terbaharu Dyson Cyclone dengan versi V10 untuk penyedut hampagas dengan kuasa sedutan maksima. Pengasas kepada jenama ini, James Dyson, sentiasa meletakkan dirinya sebagai pengguna pada setiap rekaan produknya, untuk memastikan agar rekaan dan fungsi yang ditonjolkan adalah praktikal dan memenuhi keperluan masyarakat.

Dicipta lebih ringan berbanding versi terdahulu, Versi V10 dengan format terbaharu ini membantu melancarkan mekanisma untuk mengosongkan bekas sampahnya. Kini ia lebih efektif dan pantas membersih dengan kekuatan yang lebih padu. Putaran sedutan menjangkau 125,000 rpm memberikan kuasa sedutan lebih tinggi selain kebebasan melakukan kerja tanpa terikat pada wayar (wireless).

Untuk Dyson Cyclone V10 terbaru ini, kumpulan pereka telah merubah formatnya secara keseluruhan untuk mencapai kemampuan terbaik bagi mesin yang berfungsi tanpa wayar. Ia begitu ringan, mampu membersihkan setiap ruang di kediaman dengan kehebatan motor yang digunakan. Malahan ini menjadi salah satu sebab Dyson Clone kini direka dengan saiz yang lebih praktikal.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
test instagram
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
