Rotan material perabot dan aksesori evergreen, kini dalam rekaan moden dan praktikal menepati gaya hidup millennial.
Apa?
Rotan, material daripada serat tumbuhan bersifat tahan lama dan fleksibel. Mula digunakan sebagai asas pembuatan perabot, rotan boleh ditenun, dilentur dengan mudah mengikut rekaan yang diingini menjadikannya kekal relevan sehingga ke hari ini. The Rotan Lot mengembalikan kegemilangan perabot rotan bertepatan cita rasa dan gaya hidup millennial.

Yang Istimewa
“Rotan tidak pernah pudar dari radar industri seni reka bentuk perabot kerana sifatnya yang ringan, fleksibel dan klasik. The Rotan Lot hanya menukar dimensi rekaan rotan menjadi lebih moden dan praktikal untuk kegunaan masa kini,” beritahu Nana Khan, pemilik The Rotan Lot. The Rotan Lot memulakan langkah dalam industri sebagai pengedar perabot rotan online sekitar Jun tahun lalu. Semua perabot diperbuat daripada rotan semula jadi dan dibuat tangan sepenuhnya. Pengunjung boleh melihat dan menyentuh sendiri tekstur pelbagai rekaan rotan termasuk kerusi berlengan, kerusi malas, bangku, kabinet, gerobok, meja kopi yang dianyam motif unik seperti flora dan geometri; dan aksesori hiasan lain termasuk terendak lampu lantai dan lukisan. The Rotan Lot turut menerima tempahan jika ada yang mahukan rekaan eksklusif mahupun dalam kuantiti yang banyak (bulk order). Anda boleh membawa gambar rujukan rekaan perabot yang dimahukan dan The Rotan Lot akan merealisasikan tanpa ragu. Malah, anda turut boleh memilih untuk mewarnakan perabot rotan seperti hitam, putih, merah jambu mahupun biru firus (turquoise).

Di mana?
Boleh lihat koleksi perabot rotan menarik di laman Instagram rasmi rotanlot atau kunjungi ruang pamer The Rotan Lot di 24-1, Jalan SS 19/1G, Subang Jaya.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
