Biru Klasik - Ramalan Trend Warna 2020 - Glam Malaysia

Biru Klasik – Ramalan Trend Warna 2020

Jika tahun 2019 warna coral diangkat ‘Color of The Year’, tahun 2020 bakal menyaksikan kebangkitan biru klasik mendominasi carta warna. Pantone Color Institute telah meramalkan warna ‘classic blue‘ seiring peredaran trend gaya hidup dan industri reka bentuk. Trend warna 2020 ini juga seolah-olah kembali mengimbas lingkaran trend warna pertama, Cerulean (warna biru langit dengan sedikit palitan hijau), pada tahun 1999.

 

 

Classic blue dipilih sebagai simbolik ramalan masa akan datang. Pilihan warna ini juga diramal sebagai refleksi kepada trend yang lebih luas dan bakal mendominasi. Menurut Laurie Pressman, Pengarah Eksekutif Pantone Color Institute, spesifik dari namanya, biru klasik mampu memberi impak kesan yang gah, mudah dikawal dan tidak terbatas. Namun tidak mustahil, warna ini turut memberi ketegangan, bahkan tindak balas berbeza apabila diterjemahkan pada ruang kediaman.

“Warna biru klasik sering dikaitkan dengan komunikasi, emosi dan penjelasan. Manfaat lain dari warna ini termasuk membantu untuk lebih fokus dan memberi tindak balas terhadap pemikiran, terutamanya berdasarkan perkembangan pesat teknologi,” terang Laurie.

See also
10 Seni Bina & Destinasi Romantis Dunia

 

“Pantone 19-4052 Classic Blue menggalakkan kita melihat lebih jauh untuk memperluas cara pemikiran, mencabar kita untuk berfikir dengan lebih mendalam, meningkatkan perspektif dan membuka aliran komunikasi.”