Penjagaan Kertas Dinding - Glam Malaysia

GLAM Deko Tips – Penjagaan Kertas Dinding

Kertas dinding mampu menjadikan rumah anda berseri dan cantik dengan corak dan warna yang menjadi pilihan.  Penjagaan kertas dinding amat penting bagi menjaga kualiti agar ia tahan lebih lama. Cara penjagaannya tidak serumit yang anda sangka, ia mudah dan tidak memerlukan banyak peralatan serta penyelenggaraan.

 

GLAM Deko ingin berkongsi cara penjagaan kertas dinding yang mudah dan berkesan.

 

03B86439

 

 

ANTI DETERGEN Perlu diingatkan permukaan kertas dinding tidak boleh basah. Elakkan penggunaan bahan detergen dan agen pembersih lain agar warna dan corak kertas dinding tidak luntur. Lap debu dan kotoran melekat dengan kain mikro-fiber kering.

 

MELAWAN KULAT Pembentukan kulat terjadi apabila udara kotor bersatu dengan permukaan lembab menjadikan bintik-bintik hitam atau lebih teruk ‘corak peta’ pada dinding. Campurkan sedikit air dan agen pembersih, kemudian lap kertas dinding sehingga keluar kulat.

 

ARANG Musuh utama kertas dinding adalah kelembapan. Anda boleh meletakkan beg arang di setiap pojok berdekatan sisi dinding untuk menyerap lebihan lembapan. Malah, arang juga berkesan menghapus bau di dalam rumah.

See also
Idealogi Dunia Fesyen kepada Seni Reka Bentuk Industri

 

UJI KAJI Jika tidak pasti kertas dinding anda boleh dicuci dengan air atau tidak, lakukan ujian kecil untuk memeriksa potensi kerosakkan warna dan corak kertas dinding. Paling ideal ialah di bahagian bucu bawah dinding.

 

HAPUS HABUK Gunakan penyedut hampagas untuk membuang segala debu dan habuk atau mungkin sawang yang melekat di permukaan kertas dinding.
02H78524

02H99505