GLAM Deko Personaliti – Projek Kediaman Ellen DeGeneres

Gambar oleh www.ellentv.com
Pengacara tersohor Amerika Syarikat, Ellen DeGeneres melalui rancangan televisyennya The Ellen DeGeneres Show sememangnya tidak asing lagi dalam dunia dekorasi. Jika sebelum ini dia hadir membawakan rangkaian kelengkapan kamar beradu di bawah jenama Bed, Bath & Beyond, kini dia menambahkan lagi portfolionya dengan rangkaian baru bersama jenama ini dengan rekaan produk terbaru di bawah jenama lain.
Dia yang tidak asing lagi dengan dunia hiasan dalaman dan hartanah kerana dilihat sering melakukan projek dekorasi kediaman sebelum menjualnya kepada pemilik baru. Kebanyakkan daripada projek ini mengambil tempat di sekitar Los Angeles. Baginya ia bagaikan sesuatu yang semula jadi apabila berbicara mengenai rekaan. “Saya sememangnya menyukai rekaan kediaman sejak dari dahulu lagi. Saya tahu apa yang saya suka, dan semestinya rekaan kediaman ini relevan dengan saya.” Untuk musim bunga/panas ’17 ini, dia hadir dengan seleksi perabot di bawah jenama Thomasville. Antara yang tersedia di bawah rangkaian ini adalah set lengkap untuk sebuah kediaman merangkumi perabot ruang tamu, ruang makan, kamar beradu serta aksesori pelengkap.
Gabungan gaya ala abad pertengahan dari segi kemasan perabot dicantumkan bersama rekaan gaya Danish memberikan ilham cita rasa tersendiri dalam menata kediaman. Terdapat juga perabot yang membawakan gaya ala rustik serta dengan elemen arca pengaruh pereka kegemarannya, Jean Prouve. Tambah menarik lagi, kita dapat menyaksikan kesinambungan di antara rekaan perabot ini bersama kolaborasi Ellen dengan jenama lain yang diaplikasi di salah sebuah kediamannya di di bina di Hidden Valley, California. Kediaman ini merangkumi ladang ternak kuda seluas 26 ekar.

Salah satu pojok yang dihiasi perabot rekaan Ellen.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

