GLAM Deko Personaliti – Projek Kediaman Ellen DeGeneres

Gambar oleh www.ellentv.com
Pengacara tersohor Amerika Syarikat, Ellen DeGeneres melalui rancangan televisyennya The Ellen DeGeneres Show sememangnya tidak asing lagi dalam dunia dekorasi. Jika sebelum ini dia hadir membawakan rangkaian kelengkapan kamar beradu di bawah jenama Bed, Bath & Beyond, kini dia menambahkan lagi portfolionya dengan rangkaian baru bersama jenama ini dengan rekaan produk terbaru di bawah jenama lain.
Dia yang tidak asing lagi dengan dunia hiasan dalaman dan hartanah kerana dilihat sering melakukan projek dekorasi kediaman sebelum menjualnya kepada pemilik baru. Kebanyakkan daripada projek ini mengambil tempat di sekitar Los Angeles. Baginya ia bagaikan sesuatu yang semula jadi apabila berbicara mengenai rekaan. "Saya sememangnya menyukai rekaan kediaman sejak dari dahulu lagi. Saya tahu apa yang saya suka, dan semestinya rekaan kediaman ini relevan dengan saya." Untuk musim bunga/panas '17 ini, dia hadir dengan seleksi perabot di bawah jenama Thomasville. Antara yang tersedia di bawah rangkaian ini adalah set lengkap untuk sebuah kediaman merangkumi perabot ruang tamu, ruang makan, kamar beradu serta aksesori pelengkap.
Gabungan gaya ala abad pertengahan dari segi kemasan perabot dicantumkan bersama rekaan gaya Danish memberikan ilham cita rasa tersendiri dalam menata kediaman. Terdapat juga perabot yang membawakan gaya ala rustik serta dengan elemen arca pengaruh pereka kegemarannya, Jean Prouve. Tambah menarik lagi, kita dapat menyaksikan kesinambungan di antara rekaan perabot ini bersama kolaborasi Ellen dengan jenama lain yang diaplikasi di salah sebuah kediamannya di di bina di Hidden Valley, California. Kediaman ini merangkumi ladang ternak kuda seluas 26 ekar.

Salah satu pojok yang dihiasi perabot rekaan Ellen.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026

