Kolaborasi “At Home With” Pertama H&M Home bersama Poppy Delevingne
H&M Home berkerjasama dengan pelakon, model dan ikon stail British, Poppy Delevingne untuk wajah pertama kempen “At Home With”. H&M memilih pelakon, moden dan ikon stail British, Poppy Delevingne sebagai wajah pertama kempen, “At Home With” oleh H&M Home. Kediaman Poppy di West London yang bernada eklektik, disimbahi multirona pop, kaya tekstur mewah di setiap ruangan hidup menjadi paksi reka bentuk koleksi ini.
Spektrum warna hijau lumut, kelabu gelap, marun mendalam, coklat, sarat mainan paten flora dan fauna dan tekstur mewah baldu, bulu, kaca dan tembaga membias gaya glamor, eklektik dalam masa sama sofistikated dan fun refleksi identiti gaya Poppy.
“Kediaman adalah sarang yang dipenuhi perkara – perkara yang anda sukai dan sayangi. Saya teruja kerana kempen ini mencipta kepelbagaian gaya dan fungsi untuk mencipta kediaman yang dirasakan sesuai oleh sang penghuni. Saya suka kerana dapat mengekalkan gaya yang gemar bermain tekstur, kemasan dan warna,” ujar Poppy Delevingne.
Koleksi At Home With boleh didapati di rangkaian H&M Home di pusat beli-belah Avenue K, Kuala Lumpur.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Jul 09, 2026
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Jul 08, 2026
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Jul 08, 2026
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Jul 08, 2026
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Jul 08, 2026
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Jul 08, 2026
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Jul 08, 2026

