Kolaborasi “At Home With” Pertama H&M Home bersama Poppy Delevingne
H&M Home berkerjasama dengan pelakon, model dan ikon stail British, Poppy Delevingne untuk wajah pertama kempen "At Home With". H&M memilih pelakon, moden dan ikon stail British, Poppy Delevingne sebagai wajah pertama kempen, "At Home With" oleh H&M Home. Kediaman Poppy di West London yang bernada eklektik, disimbahi multirona pop, kaya tekstur mewah di setiap ruangan hidup menjadi paksi reka bentuk koleksi ini.
Spektrum warna hijau lumut, kelabu gelap, marun mendalam, coklat, sarat mainan paten flora dan fauna dan tekstur mewah baldu, bulu, kaca dan tembaga membias gaya glamor, eklektik dalam masa sama sofistikated dan fun refleksi identiti gaya Poppy.
"Kediaman adalah sarang yang dipenuhi perkara - perkara yang anda sukai dan sayangi. Saya teruja kerana kempen ini mencipta kepelbagaian gaya dan fungsi untuk mencipta kediaman yang dirasakan sesuai oleh sang penghuni. Saya suka kerana dapat mengekalkan gaya yang gemar bermain tekstur, kemasan dan warna," ujar Poppy Delevingne.
Koleksi At Home With boleh didapati di rangkaian H&M Home di pusat beli-belah Avenue K, Kuala Lumpur.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026

