Mantan Menteri-Menteri Wanita Ini Pasti Dirindui
Tarikh 1 Mac 2020 menyaksikan satu peralihan kuasa yang tidak pernah dijangka akan terjadi, namun akhirnya menoktahkan segala kemelut politik yang dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini. Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik secara berkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Namun dek peralihan kuasa dan pucuk tertinggi kepimpinan negara ini, sudah pasti barisan kabinet menteri juga bakal berubah menyaksikan beberapa pemimpin yang menerajui kementerian masing-masing perlu berundur dan memberikan ruang kepada muka baru yang bakal diumumkan nanti. Yang pasti, beberapa mantan YB dari kalangan wanita-wanita hebat ini pasti dirindui dek dedikasi dan prestasi mereka sepanjang kepimpinan mereka. Terima kasih GLAM ucapkan!
1. Dr Wan Azizah Ismail

Dr Wan Azizah binti Dato’ Dr Wan Ismail merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia dan juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat. Beliau menjadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat serta merupakan wanita pertama yang memegang jawatan nombor dua di Malaysia. Sebelum berundur, Dr Wan Azizah menitipkan kata-kata ini dalam Facabooknya yang berbunyi, “Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Mengukir senyuman sambil melangkah di hari terakhir saya menggalas amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menyantuni warga kerja yang selama ini telah memberikan komitmen dan sokongan kepada saya dalam menjalankan amanah kepada rakyat. Terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan jasa bakti sepanjang saya bertugas.”

Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
