Super Mario Nan Energetik - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Super Mario Nan Energetik 01

Super Mario Nan Energetik

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mario sendiri sering bergerak lagi beraksi, sama ada dia berlari dan melompat. Bahkan bersukan seperti bermain golf dan tenis. Keperibadiannya yang ceria dan aktif bakal mendorong pemakai jam tangan pintar ini menerusi animasi berdasarkan sistem ganjaran gamifikasi. Mario bakal menyambut kehadiran anda pada awal hari. Demikian, kala hari semakin beranjak lalu pemakainya berpunya peningkatan langkah sasaran pada setiap peringkat yakni 25%, 50%, 75% dan 100%. Animasi yang berbeza bersilih ganti pada laman dail yang disuntik elemen permainan lalu memaparkan animasi yang bergerak lucu.

Super Mario Nan Energetik 05

Selain paparan grafik, jam tangan TAG Heuer Connected x Super Mario Edisi Terhad juga bersentuhan nada karakter Mario pada susuk rekaan keseluruhannya. Dari pusher, logo crown, dan gradasi bezel kini tampil dalam rona merah selaras dengan karakternya.

Sementara itu, huruf M tampil terukir pada gancu tali jam dan crown, serta representasi kata ‘TAG Heuer x Super Mario Limited Edition’ diukir di bahagian belakang jam tangan. TAG Heuer juga menawarkan dua tali yang dapat diganti untuk jam tangan ini, tali kulit hitam berlapis getah merah dan alternatif yang lebih sporty dengan tali getah berlubang merah yang serasi bagi Connected versi Super Mario bersaiz 45mm ini.

See also
Formasi Prima Arloji Ilham Jauhari

Pautan berkaitan: Seamaster Olimpik Tokyo 2020