Persinggahan Baton Nan Ikonik - Glam Malaysia
Persinggahan Baton Nan Ikonik 01

Persinggahan Baton Nan Ikonik

Longines merangkap penjaga masa rasmi Sukan Komanwel Birmingham 2022 mengalu-alukan kedatangan Queen’s Baton Relay di ibu kota. Sekali gus, memperkenalkan HydroConquest XXII Commonwealth Games; jam tangan eksklusif yang terhad kepada 2,022 utas di seluruh dunia.

 

Persinggahan Baton Nan Ikonik 02

Longines menyambut Queen’s Baton bersama atlet gimnastik artistik negara Jeremiah Loo, Rakan Jenama Longines, Alvin Chong, perenang negara, Welson Sim dan penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee.

Longines dengan bangganya menyambut kedatangan Queen’s Baton Relay di ibu kota. Berlatarbelakangkan mercu tanda kebanggaan negara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) nan ikonik; larian baton yang bermula pada 7 Oktober 2021 itu merupakan acara simbolik dalam menyemarakkan detik-detik menjelangnya temasya berprestij ini. Dalam pada masa yang sama, ia turut memberi aspirasi buat pelapis generasi akan datang dalam memupuk perpaduan Komanwel yang berbilang pada hari ini.

Menyertai acara istimewa ini, Rakan Jenama Longines, Alvin Chong hadir bagi menyaksikan serta meraikan ketibaan Baton di Malaysia. Atlet, Welson Sim pula terpilih untuk menggalas tugas sebagai pembawa baton dan menyampaikannya kepada atlet seterusnya dalam perjalanan global ini. Queen’s Baton, yang tiba di Malaysia pada 20 Januari 2022, akan meneruskan perjalanannya merentasi lebih dari 70 negara dan wilayah Komanwel yang lainnya sebelum berakhir pada acara perasmian Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada 28 Julai ini.

See also
GLAM Horologi: Kilauan Magis

Bagi memperingati ketibaan Queen’s Baton Relay ini, Longines turut melancarkan HydroConquest XXII Commonwealth Games; jam tangan eksklusif terhad kepada 2,022 utas di seluruh dunia. Sebagai penghormatan buat temasya beraneka sukan ini, Longines menggarap semula jam tangan edisi eksklusif ini yang memaparkan ukiran logo Birmingham 2022 dengan label ‘Edisi Terhad – 1 daripada 2022’ pada penutup casing di belakang jam. Longines turut menyuntik palet rona bertenaga bagi mengimbangi logo acara pada sisipan bezel seramik hitamnya, serta pada trek minit berlatarkan laman dail hitam kemasan sunray. Casing keluli berukuran 41mm pula melindungi pergerakan penggulungan automatik dilengkapi pegas imbangan silikon bagi memastikan jam beroleh jangka hayat yang lebih lama dan berketepatan tinggi.

Pautan berkaitan: Sinar Tari Tambour Horizon Light Up