fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sejenak – Gaya Oasis Gastronomi
Raysha Rizrose Meraikan Baby Shower Sambutan Kasih Si Kecil Yang Bakal Tiba
GLAM Deko Ruang – Tip Memilih Sofa
Promosi – Menangi Koleksi Eksklusif dari Eclectic Moroccan Living
#StayHomeWithGD: Jenis Tumbuhan Anti Stres
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Sinar Tari Tambour Horizon Light Up

Sinar Tari Tambour Horizon Light Up

Pelayaran Louis Vuitton ke dalam dunia inovatif jam tangan pintar diteruskan bersama barisan Tambour Horizon Light Up yang dipamerkan cukup kreatif.

Jam tangan pintar generasi ketiga citra Maison Perancis ini mencipta paradigma baru lantas menawarkan tahap penyesuaian dan pemperibadian yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini. Setiap elemen Tambour Horizon Light Up telah diimaginasikan semula, lalu diolah kembali dengan susuk konstruksi baru bagi memberikan pengalaman pengguna yang sempurna. Malah sistem pengendaliannya juga direka khusus.

Sinar Tari Cahaya 02

Pengenalannya menggabungkan lapangan seni serta teknologi dengan optimum. Secara tidak langsung, melayangkan kemewahan kisah arloji kreasi Louis Vuitton yang seterusnya. Lalu, menjadi mercu dalam menjunjung ketukangan jam tangan pintar mewah. Impresi pertama yang ditampilkan oleh jam tangan ini adalah daripada balik lapisan kaca nilam melengkung yang direka khas, berperan sebagai skrin jam tangan.

Sinar Tari Cahaya 04

Ia memaparkan 24 lampu LED dalam kaleidoskop rona aneka warna yang indah. Warna yang menari, menghasilkan animasi cahaya dalam kegelapan yang memukau. Efek pencahayaannya bakal terbias seolah menari acap kali jam tangan diaktifkan atau menerima notifikasi. Lalu, menghasilkan animasi cahaya yang memukau dari balik case jam berdiameter 44mm.

Saat pelancaran, Louis Vuitton memaparkan tiga versi Tambour Horizon Light Up; yakni Polished Steel, Matte Black dan Matte Brown. Di mana ia, mencerminkan salah satu kod ikonik buat Maison fesyen mewah ini. Kedua-dua model hitam dan coklat diperkemas dengan lapisan kemasan PVD mewah. Juga, varian hitam dikontrakan dengan crown dan cuping jam dari titanium bagi menbiaskan ekspresi nan anggun.

Pautan berkaitan: Kelancangan Keanggunan & Kecemerlangan