
ROMY Satin dengan perhiasan tiara kristal
Selain busana indah untuk melengkapkan hari bahagia setiap gadis yang menamatkan zaman bujangnya, kasut merupakan antara elemen penting untuk memastikan pengantin menghadapi hari majlis dengan penuh keselesaan. Untuk tahun 2018, jenama sepatu tersohor, Jimmy Choo menawarkan Jimmy Choo Bridal Collection yang memperlihatkan gaya malar segar dan klasik elegan, menampilkan antaranya tumit tinggi rona putih gading berbalut fabrik satin hinggalah gaya sarat perincian kristal Swarovski juga sandal metalik. Direalisasikan dalam skema warna-warna lembut yang sesuai untuk padanan bersama pelbagai gaya busana yang bakal anda gayakan.

Rekaan ESTELLE yang hadir dalam variasi ketinggian berbeza.
Koleksi ini menampilkan tujuh rekaan sepatu untuk pengantin wanita juga satu rekaan tas tangan kepit yakni ELLIPSE untuk mereka yang memerlukan padanan sesuai bersama sepatu ini. LANCER, LUCY, AURELIA, CLARANCE, KAMI, ROMY dan AVRIL kesemua sepatu mempunyai keunikkan rekaan tersendiri untuk gaya yang pelbagai yang pastinya dapat memenuhi kehendak setiap bakal pengantin. Tidak ketinggalan untuk pengantin lelaki, empat rekaan gaya klasik dan kontemporari seperti PENN, JOHN, TATE juga FOXLEY untuk dipilih. Tidak hanya untuk langkah menawan, ia turut menjadi pilihan ideal menghiasi dulang hantaran untuk kedua belah pengantin.

Padanan TATE buat jejaka dan LANCE buat wanita.
Jika anda mahukan kelainan juga rasa lebih eksklusif untuk padanan hari bahagia, seleksi Made-To-Order adalah jawapan sempurna yang memberikan anda pilihan warna dan kemasan juga perincian untuk gaya sepatu signatur yang terdapat di bawah jenama ini. Lebih istimewa, anda boleh menerapkan initial atau tarikh pilihan sebagai lambang hari bersejarah itu.

Lakaran untuk rangkaian Made-To-Order
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
