Lifestyle Guru Razak Flora

Razak Flora Kongsi Petua Dekorasi Majlis

1
 
Magis sentuhannya nyata menjadi momen terindah buat hari bahagia. Bijak dalam menggabungkan pelbagai elemen serta peka akan selera semasa. Razak Flora punyai segala rahsia.
 
Apakah trend terbaru buat resepsi perkahwinan?
Semestinya gemerlapan kristal, bunga-bungaan segar dan rona putih salju.
 
Dekorasi resepsi yang paling terpahat di minda?
Majlis perkahwinan SM Nasaruddin dan Marion Caunter. Segala-galanya bermula kala penggunaan hiasan bunga tiruan oversize pada akad nikah, the trend is still going strong even after 3 years!
 
Lima perkara mengenai perkahwinan yang anda gemar?
Bunga-bungaan, dekorasi, keriangan kala merai, seleksi menu dan the satisfaction of making people happy.
 
Petua untuk mencapai kesempurnaan dalam dekorasi majlis?
Terlalu subjektif kerana setiap daripada anda memiliki cara tersendiri dalam menonjolkannya… so I would say none. Namun dalam membezakan dua dekorasi yang menggunakan tema yang sama ialah perincian. Keunikan terletak pada bagaimana anda bermain dengan perincian.
 
Bagaimana ingin mencapai dekorasi mewah?
A clever mix of comfort, composition & excellent lighting.
 
Tiga kesilapan utama kala merancang majlis resepsi?
Terlalu over zealous dengan idea, kesempitan bajet dan masa.
 
Jika diberikan skala 1 sehingga 10, komen anda mengenai pengapit?
Setiap majlis perlu disertakan dengan perancangan yang sempurna, hiasan yang indah dan boleh diterima oleh semua pihak. Tanpa pengapit bermaksud no groom, no wedding, period!
 
Perancang perkahwinan kegemaran?
Semestinya Preston Bailey.
 
 

See also
Lima Perkara Tentang Koleksi UNIQLO U Musim Bunga 2023