Related Stories
GBC Love Wellness: Sesi Manicure di POSH Nail Spa
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioGBC Love Wellness kembali minggu lalu dengan acara eksklusif yang berlangsung di POSH Nail Spa, Bukit Tunku. Dihadiri oleh ahli GBC, sesi kali ini dirancang untuk memberi ruang kepada ahli menikmati pengalaman santai sambil meraikan keindahan self-care menerusi sesi manicure.
Berbeza daripada siri sebelum ini, acara kali ini berfokus kepada sesi manicure yang menggabungkan rawatan ringkas, perkongsian tip kecantikan dan aktiviti praktikal. Selain mencantikkan kuku, peserta juga berpeluang belajar teknik mudah yang boleh diamalkan sendiri di rumah.
Tidak ketinggalan, acara turut diserikan dengan door gift premium serta sajian makanan dan minuman yang ditaja khas. Gabungan aktiviti, hadiah dan suasana mesra menjadikan acara ini satu lagi kenangan bermakna dalam siri Love Wellness.
Aktiviti menarik sepanjang sesi manicure
Acara dimulakan dengan mini pampering bersama Dove yang memberi sentuhan lembut dan menyegarkan kulit tangan. Seterusnya, peserta berpeluang mempelajari teknik press-on nails melalui bengkel ringkas yang dikendalikan oleh pakar, lengkap dengan tip agar hasilnya kekal kemas dan tahan lama. Aktiviti terakhir, DIY manicure “Buff to Shine”, memberi pengalaman praktikal kepada ahli untuk mencuba sendiri teknik asas membentuk serta mengilatkan kuku supaya tampak lebih rapi.
Door gift eksklusif untuk sesi manicure santai

Acara ini juga dimeriahkan dengan pemberian door gift eksklusif yang menjadi tarikan utama. Setiap tetamu membawa pulang beg hadiah berisi produk daripada Paloma, Philosophy Malaysia, Chloe Parfums, Clarins serta produk terapeutik Tanamera. Paling istimewa, ahli turut menerima tumbler edisi khas GBC X Montigo yang direka khusus sebagai kenangan acara ini.


Hidangan & suasana santai

Bagi melengkapkan pengalaman, makanan dan minuman turut disediakan hasil tajaan Fennel & Co. Hidangan ringan yang disajikan memberi sentuhan sempurna untuk acara petang itu, sambil ahli GBC beramah mesra dalam suasana santai. Secara keseluruhan, sesi manicure GBC Love Wellness di POSH Nail Spa Bukit Tunku berjaya menggabungkan elemen kecantikan, pembelajaran praktikal dan kebersamaan komuniti. Ia bukan sekadar tentang rawatan kuku, tetapi juga tentang menghargai masa untuk diri sendiri serta merapatkan hubungan sesama ahli.
Jom Sertai GBC Love Wellness!
Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Pilihan Warna Kuku Boleh Dedah Emosi Anda
Artikel Berkaitan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yan...
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthal...
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.






