Wajah Eksklusif Happiparents
Pembukaan Butik Happikiddo yang ke Sembilan dan terbesar Di Ipc Shopping Center Meraih reputasi yang sunggu luar biasa. Merai kecemelangan ini, Happikiddo tampil dengan Cabaran Happiparents lantas menghangatkan lagi keseronokan Millennial Parents membesarkan si cilik.
Sebut sahaja HappiKiddo, pasti ada yang bisa membuat ibu bapa tersenyum. Masakan tidak, jika jenama eksklusif barangan bayi ini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia khususnya ibu bapa yang tergolong dalam kategori Millennial Parents. Seiring dengan peredaran masa kini, HappiKiddo bijak mengatur strategik dengan mendekati ibu bapa muda memperkenalkan cabaran HappiParents. Kempen ini menampilkan sekumpulan ibu dan bapa terdiri daripada 11 pasangan yang dipilih secara eksklusif oleh HappiKiddo yang juga panel HappiParents sepanjang 2019. GLAM Junior mendekati wajah eksklusif HappiKiddo dan berkongsi rasa bersama Happiparents.
MENGENAI HAPPIKIDDO
Happikiddo adalah pusat sehenti barangan bayi yang menawarkan lebih dari 100 jenama antarabangsa dengan lebih daripada 10,000 produk trend terpilih. Pengalaman membeli belah di HappiKiddo sungguh menyeronokan pabila setiap butik dihiasi dengan papan tanda yang jelas yang menunjukkan kategori produk-dari pakaian, mainan, tempat tidur, kereta bayi, mandi, bersalin dan lain-lain. Happikiddo kini mempunyai sembilan kedai di Lembah Klang dengan dua kedai di Publika dan satu di Avenue K, Citta Mall, Pusat Beli-Belah DPulze, IPC Shopping Centre, KL Gateway, Quill City Mall dan The Gardens. Layari www.happikiddo.com dan akaun instagram @happikiddo_ untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk terkini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Mengenali Kekuatan Koleksi HardWear Oleh Tiffany & Co.
Jun 11, 2026
Bella Astillah & Syed Saddiq Cetus Inspirasi ‘Fit-Inspo’ Bersama
Jun 11, 2026
Wanita-Wanita Di Sebalik Bintang Pemain FIFA World Cup 2026
Jun 11, 2026
TIMETIC Timeless Ritual Antara Rawatan Rambut Paling Berkesan
Jun 10, 2026
Kejelitaan Abadi Che’ Puan Khaleeda Yang Menambat Hati Rakyat
Jun 10, 2026
Gucci Bawa Pesona Musim Panas Ke Monte Carlo
Jun 10, 2026
Ini Cincin Perkahwinan Yang Menjadi Dambaan Wanita
Jun 10, 2026

