Visual Cantik Ji Hyo Twice Raih Perhatian
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioTransformasi gaya hidup sihat menaikkan Aura Ji Hyo.
penampilan terkini Ji Hyo kembali mencuri perhatian ramai. Kemunculannya di majlis pelancaran MILKTOUCH di London serta klip persembahan lagu “The Feels” bersama TWICE baru-baru ini menjadi topik hangat di media sosial. Ramai memuji penampilannya yang semakin fit, sihat dan berseri.
Workout Routine Yang Konsisten
Disebalik penampilannya yang semakin menawan, Ji Hyo mengekalkan disiplin dalam rutin kecergasannya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ji Hyo berjaya melakukan perubahan positif terhadap gaya hidup yang lebih sihat dengan menggabungkan beberapa jenis senaman secara konsisten. Antara senaman yang diamalkan adalah kardio bagi meningkatkan stamina, pilates bagi menguatkan otot, dan high-intensity workout yang memabantu kecergasan keseluruhan badan secara menyeluruh. Oleh itu, Ji Hyo berjaya membentuk tubuh yang lebih lean, toned dan abs yang jelas kelihatan. Boleh dikatakan menjadi badan idaman semua wanita!
Pemakanan Lebih Terkawal

Selain aktif dalam mebina badan idaman, Ji Hyo Juga mengamalkan diet pemakan yang lebih seimbang bagi mengelakkan pendekatan diet yang terlalu ekstrem seperti di tahun awal debutnya. Selain itu, Ji Hyo turut memberi perhatian kepada kawalan gula dalam darah kerana bagi beliau ini adalah salah satu aspek penting untuk memiliki tubuh badan yang fit dan sihat. Demikian itu, Ji Hyo lebih mengutamakan sayur-sayuran dan protein sebelum mengambil karbohidrat.
Inspirasi Buat Ramai

Transformasi Ji Hyo bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya, malah beliau turut menjadi inspirasi kepada ahli TWICE yang lain dan juga peminat di seluruh negara. Oleh itu, beliau berjaya membuktikan diet yang lebih seimbang dan tidak keterlaluan mampu memberi hasil yang mengagumkan jika dilakukan secara konsisten.
Artikel Berkaitan: Tampilan Busana Ariana Grande Di Konsert Jelajah Eternal Sunshine
Artikel Berkaitan
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Bold Eyes Atau Bold Lips? Ketahui Bila Masa Yang Sesuai Untu...
15 Langkah Penjagaan Tangan, Perlu Atau Berlebihan?
Pat McGrath Mentafsir Semula Pensel Bibir Untuk Louis Vuitto...
Mitos Atau Fakta, Minuman Kolagen Buat Kulit Flawless?
Pilihan Bacaan Seterusnya
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


