Mekar Wajah Muda Bersama Clarins Precious
Clarins Precious

Mekar Wajah Muda Bersama Clarins Precious

Siapa yang tidak inginkan kelainan, terutama dalam menangani anti-penuaan. Clarins hadir memperkenalkan sesuatu berharga buat setiap wanita, Clarins Precious. 

Pencarian ramuan unik demi mengekalkan wajah sentiasa muda akhirnya bertemu titik noktah! Jenama penjagaan premium, Clarins menerusi penyelidikan terkini telah menemui rahsia terbesar di sebalik bunga Moonlight yang hanya boleh diekstrak secara proses teknologikal yang berbeza. Bunga ini dikatakan efektif dalam menangani masalah penuaan kulit wajah dan stimulasi agar wajah kekal muda.

Menerusi penemuan bunga Moonlight, Clarins memperkenalkan Clarins Precious yang mencipta pengalaman luar biasa, as rare as you! Kenapa bunga Moonlight dikatakan ‘Rare’ kerana singkatnya jangka masa bunga ini dituai sebelum ia mula layu. Bunga berharga ini hanya boleh dituai dalam jangka masa 2 jam sahaja dan apabila ia mencapai tempoh matang penuh dengan kekayaan molekul.

Sebaik sahaja bunga dipilih, dengan pantas pakar penyelidik akan menjalani proses ultra-sejuk dengan ketinggian suhu -196 darjah Celsius. Langkah ini dapat membekukan molekul bunga dari berkurangan dan akan diesktrak tanpa sebarang pelarut. Proses ini dinamakan Cryextraction secara semulajadi yang membantu memelihara kulit yang kelihatan muda, lebih tahan dan berseri.

See also
GLAM It-Girl: Mariesya Muhd

Clarins Precious Di Antara Persimpangan Sains dan Alam Botanikal

Clarins Precious

Selepas penyelidikan bertahun-tahun, ahli etnobotani Clarins menemui kunci rahsia muktamad buat bunga misteri ini. Kapasitinya yang luar biasa mampu merangsang umur kuli. Oleh itu ekstrak bunga Moonlight hanya dikongsi dalam produk yang luar biasa sama seperti bunga tersebut.

Terdapat dua pencerobohan dalam sel kulit yang mempercepatkan process penuaan kulit. Seperti tekana oksidati yang menghasilkan radikal bebas secara berlebihan sehingga merosakkan sel dan molekul keradangan. Masalah boleh diselesaikan secaran proses FOXO yakni jangka hayat panjang protein oleh stylophora pistillata coral yang menyerlahkan organisma kulit kekal muda dan berseri.

Oleh itu, kehadiran ekstrak bunga Moonlight seperti melengkapi satu sama lain dalam mengaktifkan kulit muda.Clarins memperkenalkan dua produk istimewa yang menjadi tumpuan iaitu La Crème dan Le Serum. Mengikut kajian yang telah berlangsung melalui pemeriksaan konsumer seramai 200 wanita Asia yang telah menggunakan La Crème selama tujuh hari, kulit wajah mereka semakin anjal, licin dan lebih bersinar. La Crème cetus impresi pertama yang mengagumkan diisebalik kemewahan tekstur.

See also
Ilham Cantik Terbaik Di Grammys 2021

Dengan setiap sapuan ia seperti “bounce back” kulit wajah lebih anjal dan sihat secara semulajadi. Clarins Precious Le Serum pula dikatakan hanya dengan beberapa titis sudah jelas efek kulit tegang dan kontur. Turut melalui penyelidikan dan hasil keputusannya seramai 200 wanita Cina berkata hanya satu titis serum sudah jelah kelihatan berbeza dan selepas sebulan pemakaian tanpa henti wajah lebih terbentuk sempurna.

Untuk melengkapi ritual Clarins Precious bersama La Crème dan Le Serum lebih efikasi jika bersama alatan urutan wajah yang mengimbangi setiap tekstur produk lebih dakap lembut pada kulit wajah. Teknik ini terinspirasi daripada Clarins Art of Touch, alatan urutan wajah ini menyerlahkan kulit lebih lembut dan anjal.

Antara Selebriti Yang Hadir Memeriahkan Pelancaran Clarins Precious

1) Ahirine Ahirudin

2) Melinda Looi

3) Pengurus Besar Clarins Malaysia, Ai Lee Tan & May Ho

4) Amanda Imani

Clarins Precious

5) Lee Xuan

6) KF Bong, Cat Yong & Khir Khalid

Clarins Precious

7) Bernie Chan

8) Leslie Png & Kiv Chai

9) Azrel Ismail

Clarins Precious

10) Datin Elvina Mohamad

11) Kayda Aziz

 

See also
Petua Atasi Skin Barrier Rosak