Pharrell Williams Kolaborasi Dengan BTS - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Pharrell Williams Umum Kolaborasi Dengan BTS

Pharrell Williams Kolaborasi Dengan BTS

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pelantun lagu Cash In Cash Out itu kemudiannya memberi tawaran kepada RM untuk menjalin kerjasama dalam album solonya yang akan datang, meningkatkan peluang kolaborasi kedua mereka.

Merujuk kepada album solo terbaharu RM yang diumumkan secara rasmi pada 1 November 2022, Pharrell berkata, “Saya mahu anda tahu perkara ini. Anda katakan 90 peratus album solo anda sudah siap. Tetapi jika anda perlukan apa-apa bantuan untuk 10 peratus lagi, jika anda mahu lakukan sesuatu, kita boleh realisasikannya.”

Tawaran itu disambut baik oleh RM, “Semestinya. Saya amat berbesar hati dan bersyukur.” Anda boleh menonton wawancara eksklusif mereka di bawah ini.

 

Foto: Instagram

 

Baca: BTS Bintang Pop Terhebat 2020, Setanding Michael Jackson & Madonna