Related Stories
Wanita perlukan emosi aman sebelum membuat keputusan dalam kehidupan peribadi atau berkaitan kerjaya. Sesekali apa salahnya memanjakan diri untuk mententeramkan diri.
Ketika dijemput ke M Spa & Fitness di Genting Grand, Resorts World Genting, tidak menjangkakan sama sekali tempoh sejam di gimnasium dan tiga jam di spa adalah pengalaman paling tidak mudah dilupakan.

Mengambil kata-kata novelis pemenang anugerah, Paulo Coelho, ‘it is a good idea always to do something relaxing before making an important decision in your life.’ Tekanan hidup sering membuatkan diri beremosi dan mengambil satu hari melapangkan fikiran, indah sekali.
Berkedudukan di lobi Genting Grand, M Spa & Fitness berkeluasan 17,359 kaki persegi. Terdapat 14 kamar terapi dengan 3,162 kaki persegi gim serta 1,906 kaki persegi studio, termasuk studio nail-and-foot, studio rambut dan bar kafe.


Panorama sekeliling gimnasium dan studio senaman indah kerana kedudukan Genting Grand yang terletak 6000 kaki daripada aras laut. Kabus menebal sekeliling mengundang perasaan berbeza.
“Semua resort hebat perlu memiliki spa hebat dan ternyata M Spa & Fitness, Resorts World Genting adalah pusat spa dan fitness terbaik di wilayah ini,” ujar Victor Foo Yip Hon, Vice President of Hotel Operations bagi Resort World Genting.

Pembaikpulih lokasi dan pengenalan rawatan wajah dan tubuh tahun ini menambah keunggulan M Spa & Fitness sebagai destinasi spa paling digemari ramai. Sebelum melakukan rawatan wajah, bolehlah melakukan senaman terlebih dahulu.
Rawatan spa ‘The Temptress Divine’ pastinya menjadi pilihan dan rawatan disamping mandian sauna membuatkan anda lebih bertenaga.
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
