fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Diperguna Scammer, Siti Nurhaliza Luah Rasa Kecewa
Wanita GLAM Akui Mercedes-Benz C-Class Pilihan Mobil Sedan Sempurna
GLAM PERSONA: Alicia Amin The Agent Of Change
Butiran Perkahwinan Putera Mateen & Fakta Menarik Bakal Isteri, Anisha Rosnah
Tahun Baru, Kekasih Baru Buat Joe Jonas

Lagu Tiga Dekad Freddie Mercury Yang Belum Pernah Didengari Peminat

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Face It Alone merupakan salah satu daripada enam lagu yang hilang dan bakal dimuatkan dalam album edisi kolektor The Miracle 2022 yang akan dilancarkan pada 18 November 2022. Empat daripada lagu tersebut menampilkan vokal Freddie.

Merupakan lagu balada berentak perlahan, Face It Alone dimulakan dengan pukulan dram dan petikan gitar sebelum Freddie melontarkan lirik, “When something so near and dear to life / Explodes inside / You feel your soul is set on fire.”

Ia direkodkan dalam sesi rakaman bersejarah di London dan Switzerland, selepas Freddie didiagnos menghidap HIV namun tidak mendedahkannya kepada umum.

Dengan vokal lantang, dia bagaikan merujuk kepada tahap kesihatannya yang merosot dengan lirik meruntun jiwa, “In the end / You have to face it all alone” (Pada akhirnya / Anda perlu menghadapinya sendirian).

Foto: YouTube

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse