Related Stories
Kehidupan Serba Mewah Ronaldo & Georgina Rodriguez Di Riyadh
Tahun 2022 memahat detik hitam buat pemain bola sepak tersohor Ronaldo, teman wanitanya Georgina Rodriguez dan anak-anak mereka.
Pada bulan April Georgina melahirkan sepasang anak kembarnya bersama Ronaldo, bagaimanapun hanya seorang sahaja yang hidup dan diberi nama Bella Esmerelda. Pempengaruh media sosial itu meluahkan keperitan yang dialaminya dalam I Am Georgina musim kedua yang disiarkan baru-baru ini.
Memasuki tahun 2023, Ronaldo membawa Georgina dan lima anaknya iaitu Cristiano Jr, pasangan kembar Eva dan Mateo, Alana serta Bella berpindah ke negara Timur Tengah, Arab Saudi. Perpindahan itu adalah sebahagian daripada perjanjian penting yang ditandatangani Ronaldo bersama kelab bola sepak Al-Nassr. Menurut Sporting News, dia menjana pendapatan melebihi RM938 juta setahun dengan kontrak selama dua tahun enam bulan.
Jadi bagaimana kehidupan Ronaldo & Georgina selepas beberapa bulan menetap di Arab Saudi?
Perubahan Rutin Keluarga
Tidak lama sebelum rancangan realiti musim keduanya disiarkan, Georgina mendedahkan bagaimana perpindahan ke Arab Saudi mengubah rutin mereka sekeluarga. Katanya kepada El Hormiguero, pasukan Al-Nassr tidak berlatih pada awal pagi disebabkan cuaca panas. Ketika Ronaldo bermain untuk Manchester United, mereka bangun pagi pada waktu sama dan bersarapan bersama sebelum latihan bermula. Tetapi kini Georgina bangun pada jam 6.30 pagi untuk menghantar anak-anak ke sekolah manakala Ronaldo pula bangun beberapa jam kemudian kerana latihannya bermula agak lewat.

Foto: Instagram
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
