Related Stories
Ini 4 Interpretasi Rasa Libur Sebenar
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full BioMencerminkan semangat ibu kota Thailand yang tidak dapat disangkal, kata ajaib “Anything but Standard” kini berlabuh di Bangkok! Lokasi libur sebenar yang diterjemahkan kepada keunikan rasa, menu unik di enam ruang makanan dan minuman juga lokasi memecahkan gaya hidup lama kepada yang baru.
Lihat sahaja pada logo yang unik (terbalik), sudah boleh kita jangka ia satu jenama lain dari yang lain! Apatah lagi kala menyebut namanya, anda pasti dapat membayangkan keunikan lokasi percutian yang stylish dan penuh warna kontra ini. Diperkenalkan pada mulanya di Hollywood, The Standard kini telah menembusi lokasi di seluruh dunia termasuk di New York, Miami, London, Maldives dan Hua Hin, Ibiza dan jenama utama Asia, The Standard, Bangkok Mahanakhon. Khabarnya Hotel Standard di Lisbon, Milan, Melbourne, Singapura, Dublin dan Brussels sedang dibangunkan ketika ini!
GLAM sudah lama mengagumi perintis jenama penghotelan yang kian mendapat kunjungan tetamu bercitarasa tinggi ini. The Standard mengambil berat gaya estetik dan menyampaikan pengalaman yang hanya ada di The Standard Hotels. Bukan itu sahaja, kepekaan mereka berjaya mengabungkan ketelitian reka bentuk dan butiran perkhidmatan menaikkan lagi reputasinya sebagai perintis dalam bidang perhotelan, pengembaraan, masakan juga tawaran acara malam yang cukup luar biasa!
Sebaik menerima berita pembukaan The Standard, Bangkok Mahanakhon Ogos lalu, kami di GLAM turut teruja kerana ia berada semakin hampir dan berharap ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Dengan kehadiran 155 bilik dan suite serta lokasinya yang bertempat di pusat bandar Bangkok, tempat penginapan ini menawarkan percutian yang sempurna ke Old Town, di mana pelbagai tarikan kebudayaan dan pemandangan seni yang dinamik menanti tetamunya! Lebih menarik, The Standard, Bangkok memanfaatkan seni bina bangunan ikonik King Power Mahanakhon langsung membawa gabungan budaya, reka bentuk, hiburan dan hospitaliti signature jenama itu ke Thailand.
Rasa libur sebenar pada pandangan GLAM adalah...
Hidangan Makanan Lebih 5 Bintang!
Tawaran makanan, minuman dan hiburan malam yang dinamik, The Standard, Bangkok Mahanakhon sesuai buat pengembara sepertimu! Anda boleh ke The Parlor, hab hotel, koktel, bekerja atau bersantai juga bilik minum petang yang eklektik yang digelar Tease, restoran stik Amerika klasik di The Standard Grill dan masakan Cina yang memenangi anugerah bersama senarai wain yang sempurna oleh Mott 32, dan tidak lupa dua pengalaman menjamu selera setinggi langit yang luar biasa yakni di Ojo, sebuah restoran berinspirasikan Mexico yang diarahkan oleh salah seorang chef terbaik di Mexico dan Sky Beach, bar atas bumbung alfresco tertinggi di Bangkok!
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.



