Related Stories
GLAM It Girl: Fyra Al-Yahya
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioOrangnya kelihatan manis, kenali Fyra Al-Yahya yang menjadi wajah GLAM It-Girl bulan ini!
Baru-baru ini GLAM amat berbesar hati dapat menemu bual wanita ini untuk menjadi GLAM It-Girl untuk bulan ini. Dengan penampilan yang sangat bergaya, memiliki kulit wajah yang anggun, GLAM lantas memilih untuk menemu bual secara eksklusif pempengaruh digital ini tentang rutin gaya hidupnya.
Fyra Al-Yahya, It-Girl Bulan Ini
1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.
Caring, minimalistic dan innovative.

2. Siapakah wanita yang memberi inspirasi kepada anda dan mengapa?
Sudah semestinya, Ibu saya. Beliau sentiasa menjadi inspirasi fesyen untuk saya sejak masih kecil. Ibu mengajar saya keanggunan dan kreativiti melalui gaya dengan memberi keyakinan dari usia muda, untuk mencuba perkara baru. Sehingga kini, kami masih berkomunikasi secara kerap tentang pakaian, aksesori dan banyak lagi!
3. Apakah prinsip yang anda pegang dalam kehidupan anda?
Bersikap positif, sentiasa bersikap baik dan nikmati hidup selagi anda mampu.
4. Namakan salah satu trend fesyen kegemaran yang selalu anda gayakan?
Minimalis dan classy. Saya sentiasa mencuba untuk memasukkan elemen ini dalam gaya dan trend fesyen saya.
5. Apakah tips penjagaan rambut anda?
Pertama sekali, saya mengamalkan hair oiling sekali seminggu untuk memastikan kulit kepala yang sihat. Ini adalah kunci untuk memastikan saya sentiasa mempunyai rambut yang tebal dan kuat. Saya juga menggunakan Fino hair mask, jenama penjagaan rambut Jepun sebanyak tiga kali seminggu.
Ini membuatkan rambut saya kekal lembut, berkilat dan memberikannya rupa yang lebih bersih dan segar. Akhir sekali, saya sentiasa menggunakan Olaplex No.7 Bonding Oil sebagai heat protectant spray untuk mengehadkan sebarang kesan negatif daripada alat panas seperti pelurus rambut atau pengering rambut.

6. Boleh kongsikan bagaimana rutin kecantikan harian anda bermula daripada pagi hingga malam?
Saya suka bersederhana apabila ia berkaitan dengan penjagaan kulit. Pada masa ini, saya menggunakan Rhode Pineapple Cleanser untuk memastikan kulit saya bersih. Saya menggunakannya setiap hari, pagi dan malam. Selain itu, saya juga menggunakan Vaseline sebelum tidur untuk memberikan kulit saya jumlah lembapan yang betul dan mengelakkannya daripada kering.
7. Produk kecantikan perlu ada?
Lip liner, definitely can’t live without that! Ia termasuk gincu dan sebarang produk kening!
8. What’s next for Fyra?
Dari sudut pandangan profesional, suatu hari nanti saya ingin memulakan perniagaan dalam produk atau perkhidmatan yang sangat saya minati. Ia adalah sesuatu yang selalu saya pertimbangkan dan sentiasa berasa teruja.
Pada peringkat peribadi, saya ingin memulakan sebuah keluarga tidak lama lagi dan menjalani kehidupan yang bahagia di Australia atau Malaysia.
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
