Obsesi Baharu Pencinta Gaya Hidup: Palette Parade Montigo Dengan Plushie Comel
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioMenjaga hidrasi tubuh bukan sekadar rutin, ia juga boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup yang menyeronokkan. Memulakan tahun 2026 dengan semangat baharu, Montigo memperkenalkan koleksi Palette Parade, sebuah rangkaian yang meraikan warna, personaliti dan ekspresi diri dalam setiap tegukan. Koleksi ini membawa interpretasi segar terhadap botol minuman harian, menjadikannya aksesori gaya yang tidak membosankan.
Melalui Palette Parade, Montigo tampil dengan cetakan edisi terhad serta gabungan warna yang menaikkan mood. Setiap rekaan seakan mengajak pengguna untuk mengekspresikan diri, sama ada melalui warna lembut yang menenangkan atau tona terang yang penuh tenaga. Ia bukan sahaja praktikal, malah memberi sentuhan playful kepada rutin harian.
Menariknya, koleksi ini juga memperluaskan pilihan produk ikonik Montigo dengan rekaan yang dipertingkatkan. Dari botol kegemaran ramai hingga aksesori tambahan, Palette Parade membuktikan bahawa fungsi dan gaya boleh berjalan seiring, menjadikan pengalaman minum air lebih menyeronokkan setiap hari.
Barisan produk ikonik Palette Parade dengan sentuhan baharu

Antara produk utama dalam koleksi Palette Parade ialah Ace Bottle Mega dan Ace Bottle Medium yang kini hadir dengan warna lebih segar serta cetakan edisi terhad. Rekaan ini memberi nafas baharu kepada botol yang sudah menjadi pilihan ramai, menjadikannya lebih standout sebagai aksesori harian.

Turut kembali ialah Roamer Tumbler, kini diperkemas dengan warna ceria dan fungsi dual-sip untuk kemudahan maksimum. Sama ada untuk kopi pagi atau minuman sejuk sepanjang hari, tumbler ini menyeimbangkan gaya dan praktikaliti dalam satu rekaan moden.
Melengkapkan koleksi ialah Boot Charm Set yang boleh dicampur padan bagi sentuhan peribadi. Sementara itu, Bottle Bag direka sebagai teman mobiliti dengan ruang luas serta poket tambahan untuk menyimpan keperluan harian dengan kemas.
Moods Blind Box: Elemen kejutan yang playful

Sebagai pelengkap kepada Palette Parade, Montigo memperkenalkan Moods Blind Box Set buat pertama kali. Set mini edisi terhad ini menampilkan Moods Bubble Bottle dengan siluet bulat dan warna lembut, digandingkan bersama plushie misteri yang mencerminkan emosi berbeza seperti Chillah, Grumpz, So Shy, Aah!, Joy Joy dan Saddy.
Konsep kejutan ini bukan sahaja menarik minat pengumpul, malah menambah elemen keseronokan dalam pengalaman hidrat. Setiap karakter plushie membawa mood tersendiri, menjadikan botol minuman sebagai medium ekspresi emosi yang playful dan relatable.
Artikel berkaitan: Dapatkan Montigo Tumbler Eksklusif Bila Anda Sertai GBC Love Wellness Hari Ini!
Artikel Berkaitan
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yan...
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthal...
Menyusuri Sejarah dan Sulaman Palestin di Muzium Kesenian Is...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
