Related Stories
Pekerjaan 10 Selebriti Sebelum Bergelar Bintang Hollywood
Walaupun segelintir selebriti dilahirkan dengan ‘sudu emas’, kebanyakan bintang Hollywood datang dari latar belakang kurang glamor.
Sebelum mencipta nama sebagai selebriti tersohor, mereka ini pernah memiliki kerjaya ‘9-to-5’ dan pekerjaan yang tidak dijangka. Mereka tidak dikenali dan menjalani kehidupan biasa, tidak jauh bezanya dengan kita.
Semak pekerjaan selebriti pilihan Glam sebelum mereka mengecapi kemasyhuran
1. Hugh Jackman

Foto: Getty Images
Aktor Wolverine ini pernah bekerja sebagai badut parti dan guru pendidikan jasmani di sekolah menengah. Pada 2015, dia berkongsi fotonya memakai kostum badut buat tatapan pengikutnya di Instagram. “Bukti bahawa saya pernah menjadi badut,” tulisnya.
2. Margot Robbie

Foto: FilmMagic
Dalam satu episod Hot Ones, bintang Barbie ini mendedahkan dia pernah bekerja sebagai pembuat sandwic di kedai Subway dan merupakan salah seorang pekerja terbaik. “Saya jarang ke Subway sekarang kerana kecewa dengan cara pekerja menyediakan sandwic,” katanya.
3. Terry Crews

Foto: Getty Images
Hos dan pelakon ini sememangnya seorang artis serba boleh. Sebelum bergelar pemain bola sepak profesional dan selebriti, dia bekerja sebagai pelukis lakaran di mahkamah. Walaupun sudah beralih ke bidang hiburan, dia masih gemar melukis dan berkongsi bakat seninya di media sosial.
4. Nicole Kidman
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(999x0:1001x2)/nicole-kidman-7eaad835dd7149f5b960e3591f9b6e3b.jpg)
Foto: Getty Images
Aktres asal Australia ini pernah bekerja sebagai tukang urut. Nicole mengambil kursus mengurut demi meredakan kesakitan ibunya yang menghidap kanser payudara. “Apabila menjalani radiasi, mudah untuk mendapat kekejangan otot yang teruk. Selepas tamat kursus, saya dapati saya menyukainya. Jadi saya pergi dari rumah ke rumah untuk mengurut pelanggan,” ujarnya.
5. Steve Buscemi

Foto: Getty Images
Sebelum menceburi dunia lakonan pada 1986, Steve merupakan seorang ahli bomba. Malah dia kembali menyarung pakaian seragamnya lebih sedekad kemudian untuk membantu menyelamatkan mangsa serangan 9/11 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York.
6. Megan Fox

Foto: Getty Images
Kata Megan, satu-satunya pekerjaan sebenar yang dilakukannya sebelum bergelar pelakon adalah menjadi maskot pisang untuk mempromosi kedai smoothie. “Seminggu sekali seorang pekerja perlu menyarung kostum buah dan berdiri di tepi lebuh raya. Saya adalah pisang, pisang gergasi.”
7. Sylvester Stallone

Foto: WireImage
Pelakon dan pembikin filem ini pernah melakukan pelbagai kerja sebelum mencipta nama sebagai selebriti di Hollywood. Pekerjaan pertamanya adalah membersihkan kandang singa di Central Park Zoo, New York.
8. Cardi B

Foto: Getty Images
Sebelum bekerja di kelab malam, penyanyi ini bekerja sepenuh masa sebagai juruwang di pasar raya. Dia dipecat selepas memberi diskaun pembelian kepada rakan sekerjanya.
9. Brad Pitt
Foto: Getty Images
Sama seperti Megan Fox, aktor ini juga pernah melakukan pekerjaan yang memerlukannya menjadi maskot. Pekerjaan pertamanya adalah di restoran ayam goreng El Pollo Loco di mana dia perlu menyarung kostum ayam dan melambai kepada bakal pelanggan.
10. Meghan Markle
Foto: Getty Images
Sebelum berlakon dalam Suits dan menjadi kerabat Diraja Britain, Meghan merupakan seorang ahli kaligrafi profesional. Duchess of Sussex bekerja di syarikat Paper Source dari 2004 higga 2005 dan melakukan kerja sampingan. Malah tulisan tangan pada kad undangan perkahwinan Robin Thicke dan Paula Patton pada 2005 merupakan hasil kaligrafinya.
Foto: Getty Images
Baca: 10 Cincin Pertunangan Selebriti Termahal Dalam Sejarah
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
