10 Cincin Pertunangan Selebriti Termahal Dalam Sejarah
Tiada apa yang lebih memukau daripada cincin pertunangan selebriti Hollywood.
Sang jejaka mahu menunjukkan kepada dunia betapa mereka menghargai wanita pujaan hati. Lalu menghadiahkan cincin pertunangan dengan nilai paling tinggi agar pasangan rasa dicintai. Dari Cardi B ke Beyonce, tanda cinta milik selebriti popular ini amat mempesona dengan batu berlian dempak yang memikat mata.
Glam senaraikan 10 cincin pertunangan paling mahal menurut tinjauan Est1897
10. VICTORIA BECKHAM
David Beckham menghadiahkan pereka fesyen British ini beberapa cincin untuk membuktikan cintanya, termasuk cincin potongan marquise ketika melamar pada 1998. Namun yang paling mahal adalah yang berbentuk pear 17-karat dengan nilai kira-kira USD2.5 juta (RM11.7 juta).

9. CARDI B
Cincin pemberian Offset kepada penyanyi WAP ini antara yang paling unik dalam senarai. Dengan anggaran kira-kira USD3.75 juta (RM17.6 juta), berlian bentuk pear 8-karat ini sememangnya menyerlah.

8. JENNIFER LOPEZ
JLo merupakan antara selebriti kelas-A yang memiliki lebih daripada satu cincin pertunangan. Pada 2004, dia dilamar penyanyi bersuara emas, Marc Anthony dengan cincin berlian biru potongan princess 8.5 karat rekaan Harry Winston. Menurut anggaran terkini, ia bernilai kira-kira USD4 juta (RM18.8 juta).

7. KIM KARDASHIAN
Direka oleh Lorraine Schwartz, cincin potongan zamrud dengan batu 15-karat ini cukup memukau. Malangnya, cincin bernilai USD4 juta (RM18.8 juta) pemberian Kanye West ini dicuri pada 2016. Sebagai penghormatan kepada cincin asli, pereka barang kemas tersebut mencipta replika cincin yang sama.

6. GRACE KELLY
Ia merupakan cincin pertunangan kedua yang diberi Putera Rainier II kepada aktres ini. Direka oleh Cartier, cincin permata potongan zamrud 10-karat yang diapit dua batu potongan baguette ini bernilai kira-kira USD4.06 juta (RM19.1 juta).

5. JENNIFER LOPEZ
Pada 2019, Alex Rodriguez melamar pelakon dan penyanyi ini dengan cincin potongan zamrud 20-karat. Ia bernilai kira-kira USD4.5 juta (RM21.1 juta).

4. BEYONCE
Queen Bey dihadiahkan cincin batu permata yang cukup indah sewaktu dilamar Jay-Z pada tahun 2007. Cincin potongan zamrud 18-karat ini dianggarkan bernilai USD5 juta (RM23.5 juta).
:max_bytes(150000):strip_icc():format(webp)/beyonce-a7e0f72da8fe4ad39ecb8a0e01ab80a9.jpg)
3. ELIZABETH TAYLOR
Secara teknikalnya, batu permata legenda potongan asscher ini bukanlah cincin pertunangan, ia diberikan Richard Burton kepada Elizabeth empat tahun selepas mereka berkahwin pada 1964.
Ia dihadiahkan dalam bentuk berlian asli 33-karat, yang kemudian dijadikan cincin pada 1968. Ketika berlian tersebut dilelong selepas kematian pemilik, Richard membelinya pada harga USD307,000 (RM1.4 juta). Kini dalam bentuk cincin ia bernilai USD8.8 juta (RM41.3 juta).

2. JENNIFER LOPEZ
Cincin pertunangan paling mahal milik JLo adalah daripada suaminya kini, Ben Affleck. Cincin perak bertatah berlian hijau 8.5 karat itu direka oleh Tamara Rahaminov dan Nicol Goldfiner dari Rahaminov Diamonds. Ia dilaporkan berharga sekitar USD5 juta hingga USD10 juta (RM23.5 juta-RM47 juta).

1. MARIAH CAREY
Pada 2016, David Packer melamar ikon muzik ini dengan cincin berlian potongan zamrud 35-karat bernilai kira-kira USD10 juta (RM47 juta). Pasangan tersebut berpisah tujuh bulan kemudian dan menurut laporan, cincin itu kini telah pun dijual.

Foto: Getty Images
Baca: Dikhabar Telah Bertunang, Ini Nilai Cincin Berlian Pear Di Jari Manis Adele
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
