Kontroversi Wajah Berbalut, The Weeknd Akhirnya Buka Mulut
Pelantun lagu In Your Eyes, The Weeknd dijadualkan membuat persembahan di Super Bowl LV Halftime Show pada hari Ahad, 7 Februari ini.
Namun sebelum menjejak kaki ke pentas, ada sesuatu yang ingin dikongsikan The Weeknd, yang menjadi teka-teki di kalangan peminat selama berbulan-bulan.
Bintang kelahiran Kanada ini membuat pendedahan mengenai balutan wajah yang ditampilkan dalam fotonya kebelakangan ini, juga sewaktu membuat persembahan di American Music Awards tahun lalu.
“Maksud balutan wajah tersebut adalah cerminan budaya tidak masuk akal selebriti Hollywood dan mereka yang memanipulasi diri sendiri demi alasan dangkal untuk memuaskan pihak lain atau kerana mahu diri diterima,” dia menjelaskan panjang lebar dalam satu wawancara bersama Variety.
Visual dalam single terbaharu, Save Your Tears merupakan kesinambungan transformasi fizikal The Weeknd daripada video sebelumnya,Too Late.
Menerusi Save Your Tears, penyanyi ini mendedahkan wajah yang kelihatan bengkak, hidung bengkok, tulang pipi terlebih tajam dan kesan parut di tepi wajah, seolah-olah kesan pembedahan plastik yang gagal.

“Ia merupakan rantaian dan kita melihat semua karakter berkembang sehingga mencapai tahap paling bahaya dan tidak munasabah seiring perkembangan jalan cerita,” ujarnya.
Berbicara mengenai penampilan wajahnya yang semakin tidak menarik di dalam video, The Weeknd menambah:
“Saya rasa anda boleh menganggap bahawa tampil menarik bukan sesuatu yang penting bagi saya. Apa yang menarik adalah jalan cerita yang hebat.”
Pada masa sama, penyanyi ini turut mengumumkan jelajah kembara globalnya yang pertama, After Hours World Tour yang dijadualkan pada tahun 2022.
Ia bakal bermula pada 14 Januari di Vancouver di Pepsi Live at Rogers Arena, kemudian di Chicago, Dallas, Los Angeles, Miami, Paris, Berlin dan pelbagai lokasi lain, sebelum berakhir di The O2, London pada 16 November.
Foto: Emma McIntyre/AMA2020/Getty Images
Baca: Jennifer Lopez Bidas Netizen, “Ini Wajah Sebenar Saya!”
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
