Trend Baru Musim Ini, Semak Trik Fesyen Tiga Label Utama - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Trend Baru Musim Ini, Semak Trik Fesyen Tiga Label Utama

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

MAX MARA

Émilie du Châtelet mengilhami koleksi musim luruh 2023 Max Mara. Tulisannya mengenai daya kepekaan sewaktu tempoh “Age of Enlightenment” diambil sebagai referensi khas koleksi musim ini. Unsur modernis dan gerakan seni yang kaya rasa dengan siluet-siluet simetrikal sangat terasa pada koleksi ini. Tentu sahaja, untuk musim sejuk, kot-kot tebal yang sudah menjadi ciri khas Max Mara.

Menjadi taruhan utama yang diikuti oleh material wool tebal berkualiti, teknik quilting, dan kait yang berinovasi seakan mengajak kita segera melancong ke destinasi musim dingin dengan busana kaya akan cita rasa mewah yang sederhana. Garis potongan yang elegan dan bersih mencerminkan spirit wanita moden yang sensual dan percaya diri. Eksplorasi ragam warna tetap ada, seperti karamel, krim, putih, dan pastel. Potongan pada koleksi kali ini menunjukkan kesederhanaan, namun terdapat ‘twist’ pada ukuran kot yang besar dan pengikat pinggang yang dimunculkan tegas. Mendekat esensi menggoda yang sebenarnya.

See also
Versace Meletakkan Greca Goddess Warna Baharu Di Asia-Pasifik

Artikel berkaitan: Panduan Fesyen Musim Luruh 2023, Dari Coach ke Michael Kors