Panduan Fesyen Musim Luruh 2023, Dari Coach ke Michael Kors
Semak trend dari empat rumah fesyen berikut yang akan menginspirasikan gerobok baju dan aksesori musim luruh.
COACH

Kala minggu fesyen New York, label Coach adalah paling ditunggu pementasan koleksinya. Koleksi kreasi Stuart Vevers musim ini merupakan perwujudan dari visinya mengenai warisan Amerika yang dihidupkan kembali dengan tak hanya mengedepankan spirit optimis dan sikap generasi berikutnya, namun juga membangkitkan nostalgia gaya yang banyak bermain dengan material kulit dan denim.
Dua material utama yang diinspirasikan dari sejarah panjang Amerika. Masih tetap menghadirkan pelbagai busana klasik khas Coach seperti shearling hingga outerwear kulit dan denim, kali ini material tersebut bergabung dengan sentuhan renda dan kait serta injeksi warna pop bubblegum yang terinspirasi oleh gaya muda di tahun ‘70-an dan ‘80-an.
Deretan slip dress beropol terlihat ekspresif yang diinterpretasikan dalam rona lusuh ungu, mustard, hijau mint dan jingga-kolaborasi bersama artis Maggie Paxton. Untuk memadukan energi muda lagi, Coach hadirkan aksesori yang cukup playful yakni dalam ragam bentuk, seperti bibir, bintang, bulan dan dinosaur, lantas terlihat seperti item kumpul dan opsyen jinjingan terbaik musim ini.
MICHAEL KORS

Michael Kors mentakrifkan semula kemewahan moden, menawarkan visi fesyen yang diinspirasikan dari ‘urban bohemia’ dan Gloria Steinem. Memunculkan koleksi yang berani dan penuh keyakinan. Perwujudan glamor dan keanggunan dalam koleksi ini merupakan referensi fesyen era ‘70-an. Dan ia direka untuk berpakaian bukan hanya satu generasi, tetapi pelbagai kategori umur yang kini membentuk data pelanggannya. Koleksi ini menunjukkan daya tarikan era ‘70-an yang abadi, yang mana terdapat banyak perincian seperti rumbai, kot bulu besar, suede, cermin mata oversized, labuci berkilau, jumpsuit dan celana pendek mini, yang dipadankan dengan but paras lutut. Dengan potongan-potongan berani, aksesori berani dan sentuhan keberanian, koleksi Michael Kors musim ini nyata terbaik. Ungkapan busana moden yang klasik dan elegan, dedikasi wanita metropolitan. Yang sudah menjadi ciri khas label Michael Kors diterjemahkan di koleksi ini dalam rupa variasi kot, blazer, dress dan sepatu.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




