H&M Mengumumkan Kolaborasi Eksklusif Mereka Untuk 2017
Setiap tahun peminat-peminat jenama fast fashion terbesar H&M ternanti-nanti membuat pengumuman mengenai kolaborasi tahunan mereka yang pernah melibatkan nama-nama besar seperti Kenzo (2016), Karl Lagerfeld (2004), Viktor & Rolf (2006), Roberto Cavalli (2007), dan juga Comme des Garçons (2008).
Kehebatan kolaborasi mereka tahun ini juga diteruskan lagi dengan jenama besar dari London, Erdem yang diminati oleh golongan selebriti dan juga dunia fesyen sendiri.

Kolaborasi ini bakal menampilkan koleksi pakaian wanita yang baru oleh Erdem dan buat pertama kalinya bagi jenama unggul ini, sebuah koleksi pakaian lelaki.
Pereka Erdem, Erdem Moralıoğlu, berpegang kepada kekuatan kecantikan, menerokai rujukan sejarah dan naratif peribadi untuk setiap satu rekaanya.
Untuk kolaborasi ini juga Erdem akan memberikan intepretasi baharu kepada tema-tema yang pernah dia gunakan untuk koleksi-koleksi terkenalnya.
Mereka juga memanggil pengarah dari Australia, Baz Luhrmann, untuk membantu mereka menghidupkan jalan cerita yang mereka ada untuk kolaborasi ini.

Ann-Sofie Johansson, Erdem Moralıoğlu, dan Baz Luhrmann.
“Saya merasa sangat gembira untuk berkolaberasi bersama H&M, dan dapat menerokai hasil kerja saya untuk membawa mereka ke tahap seterusnya termasuklah pakaian lelaki yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini. Peluang untuk bekerja bersama Baz Luhrmann juga merupakan sesuatu yang sangat menerujakan,” nyata Erdem.
“Bagi saya fesyen selalunya adalah lebih daripada pakaian, ia merupakan satu bentuk ekspresi – bentuk seninya yang tersendiri. Saya juga merasa teruja untuk bekerja dengan Erdem dan H&M untuk membantu mereka mempamerkan satu cerita yang menarik mengenai kolaborasi ini,” ucap Luhrmann.
Penasihat Kreatif H&M Ann-Sofie Johansson tertarik dengan visi Erdem mengenai kolaborasi ini sejak kali pertama mereka mula membincangkan perkara ini.
Koleksi Erdem x H&M ini bakal menemui pembeli pada 2 November ini!
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
