Recap: #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 Dibawakan Oleh Coach
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioTahun ini, parti fesyen yang dibawakan oleh Coach Malaysia dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti dan pempengaruh digital terhangat! GLAM ingin mengimbas semula #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 yang baru sahaja berlangsung baru-baru ini.
Tahun ini, parti fesyen GLAM X GLAM Lelaki yang dibawakan oleh Coach Malaysia pastinya berlangsung dengan sungguh meriah dan cukup santai. #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 diadakan bagi meraikan fesyen dengan kehadiran orang-orang kuat industri fesyen di tanah air. Selebriti, model, pempengaruh digital, pereka fesyen dan ramai lagi tampil dengan penuh gaya di acara parti fesyen ini. Mismatched Chaos menjadi inspirasi tema yang dipilih, di mana para tetamu diperlihatkan hebat dalam menyuaipadan pakaian mereka mengikut tema yang diberi.
https://www.instagram.com/reel/C6MF65oP6MH/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
#GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 Recap
Acara ini bertempatkan di KLoé Hotel, Kuala Lumpur dan berlangsung secara outdoor dan indoor. Pada mulanya, hujan turun agak lebat namun berhenti di saat pesta ingin bermula. Dekorasi yang fun and bright menghiasi di setiap sudut tempat, memudahkan para tetamu untuk bergambar buat pakaian gaya fesyen mereka. Selain itu, turut dimeriahkan dengan putaran muzik yang disusun oleh DJ LZZY, nyata menghangat dan membimbitkan lagi suasana di parti fesyen.

#GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 ini dianjurkan bersama barisan penaja seperti Coach Malaysia, Shiseido Professional Malaysia dan KLoé Hotel. Acara yang penuh gemilang ini dimulakan dengan ucapan pembuka kata oleh Pengarah Kreatif GLAM dan GLAM Lelaki, Aizat Aidid. Seterusnya, bermula lah parti fesyen yang santai namun penuh glamor. Para tetamu yang hadir juga diperlihatkan teruja mengambil gambar mereka dengan pakaian yang dipadukan di GLAM X GLAM Lelaki photowall. Label jenama Coach turut menjadi elemen utama pada malam tersebut apabila ramai yang menggayakan pakaian dan aksesori seperti ‘TABBY BAG’.

Laman media sosial dibanjiri dengan acara fesyen parti ini dengan kehadiran oleh nama-nama yang cukup popular. Antara tetamu yang hadir di parti fesyen ini adalah seperti wajah muka depan GLAM April 2023, Eyka Farhana. Rakan-rakan selebriti lain seperti Siti Saleha, Aisha Retno, Kaka Azraff, Nadhir Nasar, Hael Husaini turut mencuri tumpuan di acara ini. Tidak lupa juga dengan kehadiran pasangan Fazura dan Fattah Amin serta girls group seperti DeFam dan Dolla yang hadir dengan penampilan yang amat mempersonakan!
Artikel berkaitan: 25 Selebriti Tampil Paling Stylish Di Malam #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
