The New Bottega
Ini merupakan kali kedua saya menyaksikan kehebatan pentas pengarah kreatif Daniel Lee di minggu fesyen Milan. Cukup pantas dia mengetengahkan identiti kod gaya buat rumah fesyen ini. Suasana yang cukup meriah, penuh kraf buat persembahan musim bunga 2020 buat himpunan lelaki dan wanitanya ini diadakan di Viale Piave 42 dengan membawa konsep yang sama seperti musim luruh iaitu khemah lutsinar. Panahan matahari yang menembusi ruang pentas dimana lantai kaca turut melapisi anyaman giant intrecciato yang sudah menjadi nadi jenama ini sejak dulu lagi.
Danial Lee menekankan perihal gaya indivisualistik kerana tiada ilham sahih yang dijadikan garis panduan rekaannya melainkan kebebasan seseorang itu dalam mengendalikan rekaannya mengikut fahaman dan bentuk badan masing-masing. Himpunan ini juga banyak disentuh mengenai kadar banding, struktur lembut serta teknik garisan bersih dan juga kebanyakannya direka memberi ilusi pada pinggang yang lebih kecil. Warna terang, emas, tapioca, jingga dan ton biru turut dibalas dengan warna gelap hitam dan coklat.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 Pilihan GLAM!
May 15, 2026
Burberry Raikan Musim Panas Riviera Di Hôtel Belles Rives
May 15, 2026
Sofea Shra Bertemu Huda Kattan Di London!
May 15, 2026
GLAM Kongsi Jam Perlu Miliki Buat Peminat Horologi
May 15, 2026
7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan
May 15, 2026
Sinergi Muzik Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna
May 15, 2026
Tarung: Unforgiven Beri Drama Maruah & Dendam
May 14, 2026

