Suntik Gaya Dengan Memiliki Tas Tangan Mewah “Rajah” Gucci
Visi kreatif Alessandro Michele buat Gucci sekali lagi menerima perhatian ramai menerusi koleksi luruh/sejuk 2018. Lebih-lebih lagi pada rangkaian tas tangan baru mereka, Rajah.

Satu persatu rekaan Michele mendapat tempat dalam dunia peminat fesyen terutamanya pengumpul tas jenama Gucci. Kali ini tidak ketinggalan kerana gandingan banyak element melahirkan hasil seni mengagumkan. Elemen baharu berganding dengan tambahan perincian lebih traditional.
Ternyata tas tangan Rajah boleh disesuaikan dengan gaya elegan mahupun lebih santai. Kehebatan Gucci semestinya kemahiran setiap rekaan yang boleh disuai padan sempurna.
[envira-gallery id="87238"]
Menggunakan perkataan Sanskrit yang membawa erti putera atau raja, rekaan kepala harimau turut diterapkan untuk memberi aura regal, berkuasa dan pada masa yang sama elegan dan mewah. Sekaligus menghidupkan jiwa si pemakai yang mengidamkan tas tangan bold dan serasi dengan jiwa liar mereka.

Diperbuat daripada besi, figura kepala harimau ini juga mempunyai perincian yang cukup menawan. Manipulasi rona warna dan kristal berkilau memberi sifat kemewahan. Rajah juga hadir dalam aneka rekaan seperti tote menggunakan suede dengan potongan kulit yang kontra dan shoulder bag dalam siluet retro menggunakan kulit dalam pelbagai rona yang digilap.
Keputusan untuk menggunakan kepala harimau sebagai imej utama rangkaian tas tangan Rajah adalah hasil inspirasi kerongsang rekaan Hattie Carnegie dari era 40-an. Dikenali sebagai seorang yang riang dan setia, pegangan hidup Carnegie menggambarkan visi Alessandro Michele dan Gucci.
Semestinya tas Rajah menambah seri koleksi peribadi dan sangat cantik diletakkan di atas gerobok kamar wardrobe sebaris koleksi yang lain. Pasti koleksi tas anda kali ini menambah gaya lebih menawan.
Ambil inspirasi daripada stail-stail selebriti dan influencer ini:
Pilihan Bacaan Seterusnya
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Jun 16, 2026
Detik Bersejarah 10 Tahun Louis Vuitton x Marc Newson
Jun 16, 2026
6 Produk Kecantikan Baharu Yang Buat Kami Obses
Jun 16, 2026
Kisah Barang Kemas Signes & Symboles Oleh Chanel
Jun 16, 2026
Coach Menghidupkan Semangat New York Di Tengah Kota KL
Jun 15, 2026
Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?
Jun 15, 2026
ExoBright Cryo Therapy Jadikan Kulit Saya Lebih Segar Dalam 75 Minit
Jun 15, 2026
