Over-The-Knee Boots Pilihan Fesyen 2023
Trend musim bunga 2023 memilih over-the-knee boots sebagai antara fokus kepada musim ini.
Walau trend ini sudah menjadi bualan hangat menerusi musim-musim yang lalu, namun pada GLAM, trend ini belum lagi menemui titik nokhtahnya. Jika dahulu, thigh-high boots ini sering dibayangi karakter Julia Roberts di dalam Pretty Woman, kini tidak lagi. Baik di atas pentas peragaan atau digaya jalanan, anda pasti melihat trend ini berada di mana-mana sahaja dan menjadi piihan penggemar fesyen hari ini.
Jika dilihat menerusi gaya jalanan penggemar fesyen di New York, boots tinggi paras lutut ini banyak digayakan malah versatil, kita dapat melihat ada yang memilih untuk memadankannya dengan busana denim, gaun bodycon, skirt atau seluar mini juga bersama skirt panjang. Malah, gaya ini turut menjadi pilihan beberapa selebriti Hollywood yang menggayakannya baru-baru ini. Antaranya, Rihanna dan Margot Robbie! Jadi, apa tunggu lagi, anda juga harus miliki aksesori ini sebagai pelengkap anda gaya musim ini!
Rihanna dan Margot Robbie (Gambar: Who What Wear)
Buat anda yang berminat untuk mencuba gaya sebegini, GLAM senaraikan beberapa idea stail untuk anda jadikan inspirasi buat gerobok anda!
Inspirasi Gaya Over-The-Knee Boots Untuk Anda!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Raikan Ikatan Abadi Di The RuMa Hotel Bersama ‘Chapters of Craft’
May 04, 2026
Pesona Yang Teramat Mulia Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah
May 04, 2026
City Escape Sempena Hari Ibu di The Chow Kit
May 02, 2026
5 Indoor Park Menarik untuk Cuti Labour Day
May 01, 2026
Sabato’s Kembalikan Momen Dekad 70-an
May 01, 2026
5 Destinasi Estetik Rawatan Kuku Di Klang Valley
May 01, 2026
Kolaborasi Khas Lancôme x The Devil Wears Prada 2
Apr 30, 2026


