Dunia kecantikan hari ini bergerak terlalu pantas. Setiap minggu muncul produk baharu, formula baharu dan trend yang silih berganti di media sosial. Namun di sebalik semua hype itu, satu perkara kekal penting iaitu produk yang benar-benar menjadi sebahagian daripada rutin harian dan memberi hasil yang nyata.
Atas sebab itu, GLAM The Best of Beauty Awards 2026 kembali tahun ini dengan pendekatan yang lebih relevan, lebih eksklusif dan lebih dekat dengan suara komuniti kecantikan sebenar.
Selepas setahun, anugerah kecantikan tahunan ini kembali bukan sekadar untuk meraikan produk terbaik di pasaran, tetapi untuk memahami bagaimana pengguna moden hari ini memilih, menilai dan mempercayai sesuatu produk.
Berbeza dengan edisi pertama, tahun lalu, di mana tahun lalu ahli GLAM Beauty Club yang terpilih menjadi juri dalam menentukan produk terbaik. Tahun ini juga dengan objektif yang sama, kami di GLAM Beauty Club mahu menjemput anda semua menjadi nadi utama dalam menentukan pemenang menerusi sistem undian khas di platform digital GBC. Dari penjagaan wajah hingga wangian, setiap pilihan dibuat berdasarkan pengalaman penggunaan sebenar, keberkesanan formula serta impaknya dalam rutin kecantikan harian.
Kerana dalam dunia kecantikan hari ini, pengguna bukan lagi sekadar pembeli. Mereka lebih peka tentang kandungannya, lebih selektif tentang formula dan lebih memahami apa yang benar benar sesuai untuk diri mereka sendiri.
[eltdf_button size=”” type=”” text=”UNDI SEKARANG!” custom_class=”” icon_pack=”font_awesome” fa_icon=”” link=”https://glambeautyclub.glam.my/glam-beauty-club-the-best-of-beauty-award-2026/” target=”_self” color=”#8f2424″ hover_color=”” background_color=”#fff” hover_background_color=”” border_color=”#8f2424″ hover_border_color=”” font_size=”” font_weight=”” margin=””]
Lima kategori utama tahun ini turut dipilih bagi mencerminkan evolusi industri kecantikan moden yang semakin dinamik.
NEXT-GEN SKINCARE

Kategori ini memberi fokus kepada inovasi penjagaan kulit generasi baharu yang menggabungkan sains, teknologi dan keberkesanan formula.
Antara subkategori termasuk Best Barrier Repair Serum, Best Anti Blemish Serum, Best Next Gen Retinoid, Best Mineral Sunscreen SPF50+, Best Hyperpigmentation Solution dan banyak lagi.
HYBRID MAKEUP

Solekan moden kini hadir dengan fungsi lebih pintar, menggabungkan skincare dan makeup dalam satu produk berprestasi tinggi.

Subkategori termasuk Best Skin Tint With Skincare Benefits, Best Serum Foundation, Best Cushion Compact 2.0 / Flawless Finish, Best Cream/Liquid Multi Use Stick, Best Makeup Remover Balm To Oil dan banyak lagi.
HAIR & BODY REVOLUTION
Kategori ini memberi perhatian kepada inovasi penjagaan rambut dan tubuh yang lebih advanced, praktikal dan efektif untuk gaya hidup masa kini.
Subkategori termasuk Best Hair Care Science Forward, Best Scalp Serum/Oil, Best Homecare Hair Treatment, Best Multi Function Hair Tool dan banyak lagi.
PRESTIGE ICONIC

Mengangkat jenama dan produk ikonik yang terus relevan dalam dunia kecantikan melalui warisan, inovasi dan pengaruhnya dalam industri global.
Subkategori termasuk Best Iconic Brand Heritage dan Best Iconic Classic Fragrance Reformulate.
FRAGRANCE FORWARD
Kategori yang meraikan perubahan landskap dunia wangian moden, daripada scent profile eksperimental hingga niche perfumery yang semakin mendapat tempat.

Subkategori termasuk Best Eau De Parfum, Best Genderless/Unisex Fragrance, Best Fruity Notes dan Best Niche Fragrance.
Melalui sistem undian khas ini, setiap pilihan membawa nilai yang lebih peribadi kerana ia datang daripada pengalaman sebenar pengguna yang benar benar memahami dunia kecantikan hari ini.
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 bukan sekadar tentang memilih produk terbaik, tetapi tentang bagaimana komuniti kecantikan moden kini semakin berani menentukan standard mereka sendiri.
Undian dibuka dari 22 Mei hingga 27 Mei 2026 di platform GLAM Beauty Club. Nantikan!
Artikel berkaitan: 10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada