Chopard menyajikan MIRACLES, sebuah soirée luar biasa yang dihoskan oleh Caroline Scheufele sempena merayakan dunia penuh keajaiban, imaginasi dan seni pertukangan yang tiada tandingan.
Dipentaskan di La Palestre, malam tersebut disusun bak sebuah persembahan penuh artistik dalam latar yang cukup menakjubkan. Ia turut diserikan dengan kehadiran sahabat dan tetamu eksklusif Maison seperti duta Chopard Bella Hadid, Jacky Ickx dan ahli juri Demi Moore serta ramai lagi. Diiringi dekorasi yang cukup menakjubkan bersama persembahan runway yang menampilkan siluet terbaharu daripada koleksi couture hasil ilham Caroline Scheufele serta santapan eksklusif kurasi Bruno Oger, malam tersebut menjadi manifestasi imersif visi kreatif Chopard iaitu sebuah dunia di mana seni pertukangan bertemu emosi, sementara detik penuh keajaiban diterjemahkan menjadi memori yang mempesona.
Chopard Warnai Cannes Dengan Sentuhan Magis

Malam tersebut dimulakan dengan sesi koktel eksklusif di bawah kanopi besar yang diinspirasikan daripada dunia sarkas iaitu sebuah alam penuh magis dan fantasi yang sentiasa mengujakan, sama ada dinikmati buat kali pertama mahupun diimbau kembali. Direka sebagai pengalaman yang menyentuh emosi selain visual, MIRACLES menghidupkan semula rasa keterujaan seperti kanak-kanak menerusi dekorasi bermotif harlequin lozenge bersama ruang tempat duduk mewah dalam palet rona orkid.

Santapan malam pula dihimpunkan oleh Bruno Oger yang terkenal dengan kepakaran kulinari bertaraf dua bintang Michelin. Antara menu yang disajikan buat tetamu adalah yellow pepper velouté bersama ricotta dan flame-grilled white asparagus, dan Breton lobster. Sepanjang makan malam, suasana dihangatkan dengan rangkaian persembahan intim dan tidak dijangka. Daripada aksi ahli silap mata yang berinteraksi bersama tetamu sehingga selingan akrobatik penuh tenaga oleh Knie Circus. Malam kemudiannya diteruskan dengan persembahan burlesque oleh Dita Von Teese, diikuti nyanyian daripada Sophie Ellis-Bextor yang mempersembahkan himpunan lagu ikonik miliknya seperti “Murder on the Dancefloor”. Suasana penuh magis dan glamor itu kemudiannya berlanjutan hingga ke larut malam dengan set DJ oleh Bob Sinclar.
Runway Fantasi MIRACLES

Tidak lengkap sebuah malam gala tanpa persembahan runway ikonik daripada Chopard. Tetamu dijemput untuk menyaksikan persembahan runway yang memperkenalkan siluet terbaharu daripada Caroline’s Couture, dipersembahkan bersama ciptaan Haute Joaillerie daripada Red Carpet Collection 2026 yang turut dinamakan MIRACLES. Koleksi ini merangkumi 79 rekaan untuk melambangkan 79 tahun sejarah Festival. Antara sorotannya ialah brooch berinspirasikan badut yang dihiasi berlian, zamrud dan delima, sebagai penghormatan kepada salah satu ekspresi kreatif awal Caroline Scheufele untuk Maison tersebut. Pertunjukan dibuka oleh model Liu Wen dan diakhiri dengan finale oleh Eva Herzigová, Adriana Lima serta Nour Arida, yang kesemuanya merupakan sahabat lama Caroline Scheufele.
Artikel berkaitan: Chopard Meraikan Hari Kebahagiaan Sedunia 2026 Bersama Koleksi Happy Hearts
Artikel Berkaitan
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
