Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Cannes Film Festival 2026 kembali lagi bersama gemerlapan glamor selebriti di karpet merah seiring merayakan deretan filem antarabangsa. Turut diserikan dengan pelbagai detik hangat, ia menjadi sorotan peminat sekeliling dunia.
Acara berprestij ini membuka tirainya pada 12 Mei 2026 di Grand Théâtre Lumière yang menjadi pentas buat landskap filem dan fesyen. Sepanjang festival berlangsung, suasana di Riviera Perancis itu dihiasi dengan kehadiran selebriti Hollywood terkemuka yang tampil dengan gaya fesyen tersendiri, masing-masing mencipta momen ikonik di karpet merah yang menjadi perhatian dunia. Dalam masa yang sama, himpunan filem dari pelbagai negara turut dipersembahkan dengan kisah yang sinematik dan artistik. Gabungan dunia fesyen dan seni ini menjadikan setiap detik sepanjang festival berlangsung sarat dengan sorotan yang menjadi bualan ramai serta tular di seluruh platform media. GLAM singkap antara momen hangat sepanjang Cannes Film Festival 2026!
Ini Kilasan Detik Hangat di Cannes Film Festival 2026!
1. Barbara Sprouse dan Dylan Sprouse bakal bergelar ibu bapa

Acara istimewa ini menjadi saksi kemunculan pertama Barbara Sprouse yang sedang hamil, apabila model Victoria’s Secret itu tampil anggun di karpet merah mengenakan gaun labuh biru cair bersama suaminya, Dylan Sprouse. Selepas berkongsi berita gembira itu di karpet merah, pasangan berkenaan turut memuat naik hantaran di media sosial bersama gambar mereka serta imbasan sonogram bayi mereka yang mencuri perhatian ramai. Lebih menarik, imej sonogram tersebut memperlihatkan bayi itu seolah-olah membuat isyarat tangan ‘rock’, sekali gus menambahkan lagi detik manis yang menjadi bualan peminat seluruh dunia. Memandangkan ini merupakan cahaya mata sulung buat pasangan selebriti tersebut, rata-rata peminat tidak ketinggalan meluahkan rasa teruja dan gembira terhadap berita penuh bermakna ini.
2. Momen ikonik Bella Hadid dan Anwar Hadid

Supermodel Bella Hadid turut meraih perhatian di karpet merah Cannes Film Festival apabila hadir bersama adiknya, Anwar Hadid sebagai teman. Tampil mempesona dalam gaun putih rekaan Prada serta diserikan dengan perhiasan berkilauan daripada Chopard, Bella sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ikon fesyen global yang sentiasa dinanti di setiap kemunculan karpet merah. Anwar Hadid pula kelihatan segak menggayakan tuxedo hitam putih klasik yang menyerlahkan gaya maskulin. Penampilan mereka berdua membuktikan adik beradik Hadid ternyata adalah the stylish siblings!
3. Legasi 25 Tahun Fast & Furious yang penuh nostalgia

Cannes Film Festival 2026 turut menjadi saksi reunion sarat dengan emosi apabila para pelakon filem ikonik Fast & Furious berjumpa kembali. Vin Diesel bersama rakan pelakon Michelle Rodriguez dan Jordana Brewster tidak dapat menyembunyikan rasa sebak sempena ulang tahun ke-25 filem tersebut. Tayangan itu disifatkan sebagai satu detik klasik oleh pengarah festival, Thierry Frémaux, sekaligus menghidupkan kembali legasi francais tersebut. Dalam momen penuh sentimental itu, Vin Diesel turut memberikan penghormatan istimewa kepada mendiang rakan pelakonnya, Paul Walker, yang meninggal dunia pada usia 40 tahun dalam satu kemalangan kereta pada 2013. Mewakili Paul Walker, anak perempuannya, Meadow Rain Walker hadir di karpet merah dan berkongsi pelukan penuh makna bersama Vin Diesel, mencetuskan detik yang begitu menyentuh hati serta menjadi antara sorotan paling emosional sepanjang festival tersebut.
4. Gabungan Jung Ho-yeon dan Taylor Russell dalam ‘Hope’

Jung Ho-yeon, pelakon dari Korea Selatan itu berganding bersama barisan pelakon terkemuka termasuk Taylor Russell. Hadir sempena filem terbaru mereka, ia diarahkan oleh Na Hong-jin dan membawa sebuah naskhah sci-fi thriller yang menggabungkan elemen ketegangan, misteri dan visual sinematik. Sewaktu di karpet merah Cannes Film Festival, kedua-dua pelakon ini tampil sebagai gandingan yang luar biasa apabila masing-masing mempesona dengan gaya fesyen tersendiri yang menyerlahkan aura elegan dan moden. Jung Ho-yeon menggayakan busana daripada Louis Vuitton, manakala Taylor Russell pula memilih rekaan daripada Dior, sekali gus menjadikan kemunculan mereka antara sorotan paling bergaya di festival tersebut.
Artikel berkaitan: Ini Tampilan Gaya Selebriti Terbaik Di Met Gala 2026
Artikel Berkaitan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yan...
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthal...
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
